Judul : 2 Kapal Ditahan Pindah Minyak Secara Haram
link : 2 Kapal Ditahan Pindah Minyak Secara Haram
2 Kapal Ditahan Pindah Minyak Secara Haram
LABUAN – Dua kapal disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Labuan malam tadi.
Ketua Penguatkuasa APMM Labuan Kapten Che Adnan Md Isa berkata pegawai peronda mengesan kedua-dua kapal pada 10.50 malam di kedudukan 6.5 batu nautika di selatan Labuan.
Beliau berkata anak kapal didapati melakukan kesalahan, gagal memaklumkan Jabatan Maritim untuk melakukan pemindahan minyak berkenaan.
“Kami menahan empat anak kapal warga Indonesia dan seorang warga Malaysia dipercayai pekerja syarikat,” katanya kepada pemberita di sini.
Che Adnan berkata setakat ini sejumlah 1,060 pemeriksaan dijalankan setakat tahun ini, yang membawa kepada 18 tangkapan bagi pelbagai kesalahan. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 2 Kapal Ditahan Pindah Minyak Secara Haram
Anda sekarang membaca artikel 2 Kapal Ditahan Pindah Minyak Secara Haram dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/08/2-kapal-ditahan-pindah-minyak-secara.html