Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata

Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata
link : Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata

Baca juga


Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Seorang pesara tentera meninggal dunia manakala isterinya dilaporkan parah dipercayai disamun di kediaman mereka Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Dalam kejadian samun bersenjata yang berlaku kira-kira jam 8 malam semalam (15 Julai), Abdul Rahman Pileh, 60, seorang pesara Briged 9 Para telah ditetak dengan parang. Isterinya, Sabturiah Lakidau, 59, telah ditumbuk di bahagian mulut, bawah dagu dan leher selain pergelangan tangannya dikelar.

Seorang jiran mangsa memberitahu bahawa jiran sebelah rumah pasangan itu mendengar jeritan meminta tolong daripada Sabturiah. Dia kemudian segera keluar untuk memeriksa apa yang berlaku sebelum mendapati wanita tersebut terduduk dalam keadaan berlumuran darah di longkang hadapan rumahnya.



Sumber: Facebook

Ketika ditanya mangsa memberitahu ada orang yang memasuki rumah mereka dengan bersenjatakan parang.

“Saya terus layan dia bercakap kerana bimbang dia pengsan akibat kehilangan banyak darah.”

Sabturiah juga turut meminta jiran tetangga yang pada ketika itu perempuan kesemuanya untuk memeriksa keadaan suaminya di dalam rumah. Mereka bagaimanapun tidak berbuat sedemikian kerana takut penjenayah itu masih berada di dalam rumah.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Pihak polis dan ambulan kemudian tiba sebelum Sabturiah digegaskan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan manakala mayat Abdul Rahman dibawa untuk bedah siasat.

Menurut Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad, motif jenayah adalah merompak namun siasatan lanjut masih dijalankan. Seorang lelaki berusia 35 tahun berdekatan rumah mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan.



Sumber: Facebook Sumber: NST

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, suspek merupakan bekas sarjan tentera di Kem Terendak, Sungai Udang dan diuji positif dadah. Menurut NST, polis turut merampas gelang yang dipakai suspek dipercayai milik mangsa.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan hasil bedah siasat mendedahkan bahawa Abdul Rahman meninggal dunia akibat kecederaan parah di lehernya. Sabturiah pula selamat menjalani pembedahan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mari doakan semoga isterinya tabah dan pulih sepenuhnya.

Baca: Letak Kamera Tersembunyi Untuk Intip Mangsa Di Rumah, Taktik Baru Geng Samun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata

Sekianlah artikel Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Maut, Isteri Parah Dikelar Pergelangan Tangan Selepas Rumah Diceroboh Penyamun Bersenjata dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/warga-emas-maut-isteri-parah-dikelar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :