Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK

Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK
link : Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK

Baca juga


Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK

TANJONG KARANG – Wanita UMNO terutama di kawasan luar bandar boleh  menjadi mata dan telinga kerajaan bagi menangani pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sehubungan itu, Wanita UMNO digalakkan menganggotai Friends of KPDNKK agar mereka boleh menyampaikan maklumat mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Penyertaan Wanita UMNO sebagai Friends of KPDNKK penting bagi kami mengawasi harga barangan keperluan harian dengan lebih kerap, secara tidak langsung mereka turut menjadi medium penghubung bagi masyarakat untuk menyalurkan aduan.

“Mereka boleh menyampaikan aduan bersama bukti jika mendapati ada peniaga yang menaikkan barangan sesuka hati kepada kementerian dan kami akan menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Hamzah turut menerima kira-kira 2,500 borang keanggotaan Friends Of KPDNKK daripada Wanita UMNO Tanjong Karang.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjung Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof.

Hamzah berkata dalam tempoh sebulan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara berlangsung, pihaknya telah menerima kira-kira 100,000 penyertaan daripada anggota Wanita UMNO.

“Sambutan yang kami terima daripada Wanita UMNO amat bagus, saya percaya sasaran seramai 500,000 anggota Friends Of KPDNKK untuk tahun ini dapat dicapai, ” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK

Sekianlah artikel Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita UMNO Digalak Sertai Friends Of KPDNKK dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/wanita-umno-digalak-sertai-friends-of.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :