Judul : (VIDEO) Kerana Asyik Dengan Telefon Bimbit Ketika Berjalan Kaki, Seorang Wanita Maut Terjatuh Dari Tangga
link : (VIDEO) Kerana Asyik Dengan Telefon Bimbit Ketika Berjalan Kaki, Seorang Wanita Maut Terjatuh Dari Tangga
(VIDEO) Kerana Asyik Dengan Telefon Bimbit Ketika Berjalan Kaki, Seorang Wanita Maut Terjatuh Dari Tangga
CHINA - Akibat kerana terlalu asyik dan leka menggunakan telefon bimbit ketika menuruni tangga, seorang wanita didapati terjatuh dan meninggal dunia serta merta kerana kecederaan parah yang dialaminya, lapor Shanghaiist.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di sebuah bandar yang dikenali sebagai Anhui, Suzhou, mangsa dipercayai berjalan sambil menggunakan telefonnya tanpa memandang ke bawah ketika menuruni anak tangga yang menyebabkan kakinya tersalah langkah lalu terjatuh.
Melalui rakaman video kelihatan mangsa telah cuba untuk mengimbangi badannya tetapi gagal membuat hal demikian serta terjatuh ke bawah dan kepalanya dikatakan terhentak ke lantai tangga berkenaan.
Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai tidak sedarkan diri selepas kejadian malah turut mengalami kecederaan serius dan pendarahan teruk di bahagian kepala sebelum dibawa ke hospital.
Wanita berkenaan yang tidak didedahkan identitinya itu akhirnya dilaporkan telah meninggal dunia setelah berada di hospital keesokan harinya.
Pejalan kaki yang menggunakan telefon semasa berjalan dikatakan salah satu masalah yang amat serius di China. Pihak kerajaan China turut melakukan berbagai cara bagi mengurangkan kadar kemalangan yang membabitkan pejalan kaki yang menggunakan telefon.
Orang ramai disarankan agar tidak menggunakan telefon bimbit sesama berjalan kaki kerana dikhuatiri perkara yang sama turut berlaku.
Berikutnya adalah rakaman video yang membabitkan pejalan kaki yang menggunakan telefon ketika berjalan. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. - www.koleksiviral.com
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel (VIDEO) Kerana Asyik Dengan Telefon Bimbit Ketika Berjalan Kaki, Seorang Wanita Maut Terjatuh Dari Tangga
Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Kerana Asyik Dengan Telefon Bimbit Ketika Berjalan Kaki, Seorang Wanita Maut Terjatuh Dari Tangga dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/video-kerana-asyik-dengan-telefon.html