Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris

Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris
link : Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris

Baca juga


Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris

PUTRAJAYA: Seorang wanita mendakwa anaknya, 9, ditumbuk guru sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya sehingga menyebabkan rasa pening dan loya, serta takut untuk ke sekolah.

cikgu-tumbuk-kepala-1

Nur Syaheerah Sutchira Abdullah berkata kejadian berlaku Selasa lalu di dalam kelas, apabila anaknya yang berada di darjah 3 ditumbuk kerana salah menjawab soalan bahasa Inggeris.

Menurut Syaheerah, guru tersebut menumbuk bahagian kepala anaknya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke belakang lalu bahagian pinggang anaknya terkena bahagian bucu meja.

“Tumbukan itu menyebabkan anak saya pening dan dia juga diminta berdiri sehingga kelas habis,” kata Syaheerah pada sidang media di Presint 11, Putrajaya hari ini.

Menurut Syaheerah, hasil pemeriksaan doktor mendapati Adam Mikhael Mubashir mengalami pening dan loya akibat tumbukan yang kuat sehingga menyebabkan gegaran pada otak. Sakit di bahagian pinggang disebabkan terkena bucu meja.

“Saya terkilan anak saya dipelaku sehingga begitu. Saya ada jumpa guru besar tetapi dia cakap akan pantau guru itu dan anak saya, tetapi tidak ada apa-apa tindakan diberikan kepada guru, hanya anak saya diberikan kaunseling.”

Syaheerah berkata anaknya trauma dengan kejadian itu dan tidak berani untuk ke sekolah.

“Guru besar hanya memaklumkan memindahkan guru itu ke kelas lain dan tidak mengajar di kelas anak saya, tetapi masih satu sekolah sebab waktu rehat akan jumpa cikgu itu,” katanya.

Kerana bimbangkan keselamatan anaknya, Syaheerah membuat laporan polis di IPD Putrajaya Jumaat lalu.

Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris

Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris

“Adam pesan dekat saya jangan beritahu pihak sekolah sebab takut dengan guru itu,” kata Syaheerah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan mengesahkan polis menerima laporan yang dibuat wanita itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, cubaan FMT mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah tidak berjaya. Guru besar sekolah itu enggan mengulas kerana tidak mahu diganggu media.

Sumber: FMT

Loading...

First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris

Sekianlah artikel Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Guru tumbuk murid 9 tahun sampai trauma, pening dan loya kerana salah jawab soalan Bahasa Inggeris dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/video-guru-tumbuk-murid-9-tahun-sampai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :