Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom
link : Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

Baca juga


Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

MESIR – Tindakan berani dan pantas kru kereta kebal tentera Mesir merempuh sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, berjaya menyelamatkan kira-kira 50 orang awam termasuk anggota tentera, semalam.

Bagaimanapun, tujuh orang awam termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu, namun jumlahnya pasti lebih besar jika kru kereta kebal terbabit tidak bertindak demikian.

Lapor Daily Mail,  jurucakap tentera Mesir berkata, sehingga 50 orang awam dan anggota tentera terselamat ekoran tindakan kru kereta kebal mereka.

“Ini langkah terbaru bagi menghalang serangan bom kereta pengganas. Tentera Mesir bersedia melakukan pengorbanan seperti ini demi menyelamatkan rakyat dan mempertahankan kedaulatannya,” katanya.

Berdasarkan video yang didedahkan, sebuah kereta pada mulanya dilihat meluru dengan laju menuju ke pusat pemeriksaan itu.

Kru kereta kebal yang melihat kedatangan kereta yang mencurigakan itu kemudian memecut ke arah kereta tersebut dan mendapati empat lelaki bersenjata serta 100 kilogram bahan letupan dibawa bersama.

Kereta kebal itu terus merempuh kereta terbabit dan orang ramai yang melihat kejadian itu terus bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Selepas merempuh kereta tersebut, kereta kebal itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba kereta yang membawa bahan letupan itu meletup menyebabkan beberapa orang di sekitarnya terbunuh.

Mesir menghadapi serangan pemberontak yang disokong kumpulan Daesh di mana kumpulan pengganas itu pernah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera dan polis Mesir.

Ini termasuk serangan di satu pusat pemeriksaan di Sinia pada 7 Julai lalu yang menyebabkan 21 anggota tenteranya terbunuh. -MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

Sekianlah artikel Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan ‘Berani Mati’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/tindakan-berani-mati-tentera-mesir_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :