Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO

Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO
link : Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO

Baca juga


Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO

Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO

tank.jpg

JIKA bukan tindakan berani kru kereta kebal tentera Mesir merempuh kereta yang sarat dengan bom, lebih ramai mangsa yang akan terbunuh dalam serangan bom kereta terhadap pusat pemeriksaan tentera di Sinai Utara, semalam.

Bagaimanapun, tujuh orang awam, termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu, namun jumlahnya pasti lebih besar jika kru kereta kebal terbabit tidak bertindak demikian.

Kru terbabit yang mengesan sebuah kereta dipandu laju menuju pusat pemeriksaan itu, segera memecut kereta kebal mereka ke arah kereta berkenaan yang kemudiannya didapati membawa empat lelaki bersenjata serta 100 kilogram bahan letupan. Orang ramai dilihat bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Kereta kebal itu merempuh kereta berkenaan menyebabkan ia terhenti dan ketika ia mengundur, kereta terbabit meletup.

Jurucakap tentera Mesir berkata, sehingga 50 orang awam dan anggota tentera terselamat dengan tindakan kru kereta kebal terbabit.

Ini langkah terbaru bagi menghalang serang bom kereta pengganas.

Tentera Mesir bersedia melakukan pengorbanan seperti ini demi menyelamatkan rakyat dan mempertahankan kedaulatan, katanya.

Mesir menghadapi serangan pemberontak yang disokong kumpulan Negara Islam (IS).

Pengganas melancarkan beberapa serangan terhadap tentera dan polis Mesir, termasuk serangan di satu pusat pemeriksaan di Sinia pada 7 Julai lalu, menyebabkan 21 tentera terbunuh.

Sumber: Harian Metro

Sumber: sehinggit


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO

Sekianlah artikel Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Berani Mati Tentera Mesir Menyelamatkan Banyak Nyawa VIDEO dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/tindakan-berani-mati-tentera-mesir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :