Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry

Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry
link : Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry

Baca juga


Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry

IPOH: Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri Perak ketika menyampaikan ceramah di Kuala Kangsar baru-baru ini merupakan perbuatan kurang beradab dan tidak menghormati pemimpin kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata tindakan Azmin yang mendakwa seolah-olah beliau bertanggungjawab memajukan Selangor dan melakukan perbandingan dengan negeri Perak dilihat lebih kepada mendabik dada.

"Azmin tidak perlu hendak buat perbandingan sebab kalau dia berbangga dengan hujah tentang negeri Selangor masa kini, dia perlu faham Selangor itu bukan dibina melalui lampu ajaib Azmin, dan rakyat sendiri pun mengetahuinya kerana Selangor menjadi maju ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah.

"Itu hak Azmin untuk datang ke negeri Perak. Namun sekiranya datang untuk menabur fitnah dan menghina negeri Perak adalah perbuatan yang kehilangan adab dan tidak baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Zambry diminta mengulas kandungan ceramah Azmin di negeri ini baru-baru ini yang memburuk-burukkan kerajaan negeri Perak serta menyebut beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan Selangor.

Program mikrokredit untuk usahawan, pemberian biasiswa dan bantuan kepada bakal haji seperti yang disebut, sudah pun dilaksanakan lebih awal oleh kerajaan negeri, katanya.

Zambry berkata walaupun Perak menerima pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara khususnya dalam program membasmi kemiskinan, pengurusan air terbaik negara serta mendapat pengiktirafan pengurusan kewangan terbaik oleh Jabatan Audit Negara, kerajaan negeri di bawah pimpinannya tidak pernah mendabik dada dengan mencela atau menghina kepimpinan negeri lain.

"Sebagai menteri besar, saya boleh menggunakan pendekatan melondehkan pelbagai kelemahan pentadbiran tetapi saya mendidik barisan pentadbiran untuk sentiasa menegakkan prinsip politik matang dengan menumpukan sepenuh perhatian dalam mengurus dan memajukan negeri.

"Saya yakin rakyat Perak lebih bijak membuat penilaian dan menghargai komitmen kerajaan Perak yang sentiasa turun padang termasuk melalui program Pemukiman Menteri Besar yang dilaksanakan di setiap daerah sejak sekian lama," katanya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry

Sekianlah artikel Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Azmin burukkan kerajaan Perak kurang adab - Zambry dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/tindakan-azmin-burukkan-kerajaan-perak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :