“Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish

“Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish
link : “Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish

Baca juga


“Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish

Kecoh apabila netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang aktress sebuah drama bersiri terkenal di stesen televisyen tempatan sehingga mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun, MyNewsHub berjaya menemubual sendiri tuan empunya gambar itu secara eksklusif, untuk mendapatkan pencerahan berikutan isu gambar tersebut.

Ketika dihubungi, Balkisyh Semundur Khan berkata gambar yang digembar-gemburkan itu rasanya tidak memberi sebarang kesan berikutan tiada siapa yang memadamnya.

Malahan, kalau taip namanya sahaja secara langsung gambar itu akan sentiasa keluar di internet.

Dia menyatakan gambar tersebut diambil pada tahun 2002 oleh  seorang jurugambar ketika di Singapura dan dipercayai disebarkan secara tidak bertanggungjawab oleh individu tersebut.

“Saya rasa tak ada effect apa-apa. Sebab tak ada orang delete pun daripada internet. Taip nama saya sentiasa keluar je.

“Gambar tu tahun 2002, saya buat levis dekat singapore. Lepas tu photographer tu tidak bertanggungjawab dia bawa balik malaysia dan dia sebarkan gambar tu”, katanya ketika dihubungi, hari ini.

"Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je"- Balkish

Tambahnya lagi, gambar tersebut juga menjadi isu suatu masa dahulu dan dia pernah hendak menyaman jurugambar tersebut tetapi gagal.

“Memang saya pernah nak saman photographer tapi dia hilang. Lepas tu dia pula bukan orang individu company. Dia macam kerja part time yang buat part time photoshoot kat luar lepas tu dah tak boleh cari dia,” menurut Balkisyh.

Balkish turut berkata pada dasarnya gambar tersebut tidak perlu sebenarnya dibangkitkan semula kerana jika diperhatikan pada gambar tersebut, netizen boleh tahu itu gambar lama.

“Kalau tengok pun boleh beza berapa puluh tahun punya gambar. Mungkin orang tengok, orang pun tahu dah sebab tu orang ignore, orang buat tak reti,” ujarnya.

Balkisyh Semundur Khan merupakan seorang pelakon tanah air yang tidak asing lagi namanya dalam pentas lakonan. Dia pernah membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20.

Jadi, kepada individu yang tidak bertanggungjawab tersebut hentikanlah penyebaran gambar ini sebab tiada isu pun yang boleh dibangkitkan semula sebenarnya.

Jangan sesuka hati nak tutup periuk nasi seseorang ya! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish

Sekianlah artikel “Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je”- Balkish dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/taip-nama-saya-sentiasa-keluar-je.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :