Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek?

Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek?
link : Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek?

Baca juga


Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek?

loading…
Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek?
                                 
Putera George yang merupakan bakal pewaris takhta Britain ini sentiasa mendapat perhatian dunia walau ke mana pun baginda pergi bersama ayahanda dan bondanya, Putera William dan Kate Middleton dengan adindanya, Puteri Charlotte.

Baru-baru ini dalam lawatan diraja ke Warsaw, Poland dilihat Putera George berasa seperti tidak selesa dan malu-malu berada di khalayak ramai sehingga baginda ditenangkan oleh Putera William.

Tambahan dengan cuaca yang agak dingin, Putera George tetap dipakaikan dengan seluar pendek walau ke mana sahaja baginda pergi.
                               
Putera George akan tetap dipakaikan dengan seluar pendek dirajanya. Apakah alasan di sebalik mengapa putera diraja yang masih kecil dan comel ini dipakaikan dengan seluar pendek walau dengan keadaan apa sekalipun?
Dan ini alasannya yang mungkin akan membuat anda berfikir, ia mungkin agak angkuh dan bersifat kasta.
Menurut pakar etika, pemakaian seluar pendek oleh keluarga diraja, aristokrat dan golongan atasan yang masih kecil dan muda adalah satu tradisi turun temurun di kalangan mereka.
Oleh kerana seluar panjang itu bersifat kekampungan dan terpinggir yang dipakai oleh golongan orang kebanyakan, maka sekiranya ia dipakai oleh golongan atasan, ia menunjukkan satu sifat yang tidak menghormati etika dan protokol  mengikut tradisi yang telah ditetapkan golongan atasan.
Ia menunjukkan tradisi bersifat Inggeris dan berkelas apabila seorang budak lelaki memakai seluar pendek.
  Sumber : AFP/Getty Images
Seluar panjang itu adalah untuk budak lelaki yang sudah besar dan lelaki dewasa. Manakala pemakaian seluar pendek oleh budak lelaki yang masih kecil dapat menunjukkan kelas keluarga mereka di England dan mereka menghormati tradisi yang ditetapkan nenek moyang.
Jadi , tidak hairan Duke dan Duchess of Cambridge akan selalu memakaikan seluar pendek kepada putera mereka kerana menghormati tradisi walaupun mereka telah mengubah beberapa protokol yang agak kolot dalam keluarga diraja Britain.
     Sumber : AFP/ Getty Images
Mengikut sejarah, pemakaian seluar pendek oleh golongan bangsawan kecil ini telah bermula sejak dari abad ke 16. Secara tradisi dengan peraturan yang ditetapkan, seorang budak lelaki golongan bangsawan akan terus memakai seluar pendek sehingga umurnya mencapai 8 tahun.
Seorang bayi lelaki golongan bangsawan akan memakai gaun khas sehingga umurnya mencapai 2 tahun dan kemudian memakai pakaian dengan seluar pendek sehingga umurnya mencapai 8 tahun.
Selepas berumur 8 tahun , mereka akan memakai pakaian rasmi dan kasual dengan berseluar panjang. Maka dengan ini, Putera George yang berusia empat tahun ini akan menghabiskan masa selama empat tahun lagi dengan memakai seluar pendek sebelum kita semua akan dapat melihatnya memakai seluar panjang.
Sumber : AFP/Getty Images
Masa akan berlalu dengan pantas dan tanpa sedar kita akan dapat melihat Putera George menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa seperti mana kita melihat ayahandanya, Putera William membesar dan membina keluarganya yang bahagia.
Lihat video lawatan diraja Duke dan Duchess of Cambridge di Warsaw, Poland di bawah :
loading…
kongsikan artikel ini

The post Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek? appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek?

Sekianlah artikel Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahukah Anda Mengapa Putera George Selalu Memakai Seluar Pendek? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/tahukah-anda-mengapa-putera-george.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :