Judul : Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus
link : Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus
Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus
SUAMI kepada aktres Anis Al-Idrus, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim tidak meletakkan sebarang syarat tertentu untuk karier lakonan isterinya selepas berkahwin awal Julai lalu.
Amboi, isteri cantik tapi takkan tidak cemburu langsung?
Menurut Mohd. Rafzan, dia amat memahami budaya kerja seorang anak seni seperti isterinya itu dan tidak mengawal tuntutan kerjaya Anis.
“Saya tidak meletakkan sebarang syarat untuk dia berlakon kerana saya sudah lama mengenalinya sebagai seorang selebriti.
“Saya percaya pada Anis, dia juga seorang wanita yang bekerja. Jadi sebagai suami saya memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon,” katanya.
Dalam pada itu, berbicara mengenai soal anak, Anis berkata mereka tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tidak membuat perancangan pun, tetapi andai kata Allah beri rezeki, kami terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya
Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 8 Julai setelah kira-kira tiga bulan perkenalan. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus
Anda sekarang membaca artikel Suami Tidak Kongkong Karier Seni Anis Al Idrus dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/suami-tidak-kongkong-karier-seni-anis.html