SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah

SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah
link : SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah

Baca juga


SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat penyedia loji pengurusan alam sekitar (EMP).

Penahanan dibuat kira-kira pukul 4 petang di pejabat SPRM Johor di sini.

Suspek berumur 40 tahun berjawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan dan merupakan Ketua Bahagian Pembangunan dan juga Ketua Unit Penguatkuasaan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) JAS, Johor Bahru.

Siasatan awalan mendapati wujud kemasukan wang rasuah RM4,000 ke dalam akaun syarikat milik suspek daripada sebuah syarikat yang menyediakan EIA, EMP, Laporan Pemantauan Alam Sekitar (EMR) dan kerja-kerja audit berkaitan alam sekitar pada pada 1 Dis 2016.

Wang rasuah berkenaan dibayar kepada suspek kerana meluluskan EMP yang disediakan oleh syarikat berkenaan untuk syarikat pemaju melibatkan projek di Mukim Pulai, Johor.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000.00 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata SPRM dijangka membawa suspek ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok, untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

--BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah

Sekianlah artikel SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/sprm-tahan-pegawai-jas-johor-disyaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :