Judul : Singapura Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu
link : Singapura Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu
Singapura Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu
SINGAPURA – Singapura mengutuk Korea Utara yang dilapor menguji peluru berpandu balistik antara benua dua hari lalu, kata Kementerian Luar Singapura.
“Pelancaran itu serta beberapa pelancaran sebelum ini termasuk yang terakhir kira-kira empat bulan lalu pada 4 Julai telah menimbulkan ketegangan dan seterusnya mengganggu keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Ia berkata tindakan provokatif itu secara serius melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu dan tidak menghiraukan keprihatinan komuniti antarabangsa.
“Ini hanya akan menjejaskan kesejahteraan rakyat Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK),” katanya.
Singapura sehubungan itu mengulangi gesaan kepada DPRK untuk menghentikan segala provokasi dengan segera dan mematuhi tanggungjawab dan komitmen antarabangsanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Singapura Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu
Anda sekarang membaca artikel Singapura Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/singapura-kutuk-korea-utara-lancar.html