Sijil unik

Sijil unik - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sijil unik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sijil unik
link : Sijil unik

Baca juga


Sijil unik

Jasin: Sejak diperkenalkan sekitar 80-an, sijil tunang dikeluarkan Persatuan Ketua-Ketua Kampung/Sidang Melaka adalah dokumen paling menarik perhatian masyarakat terutama bakal pengantin dari luar Melaka kerana majoriti tidak tahu mengenai kewujudannya.

Dokumen hasil idea Allahyarham Muhammad Abdullah, Sidang Bukit Meta, Telok Mas dan Allahyarham Shariff Hussein, Sidang Pengkalan Rama Pantai itu masih digunakan sehingga sekarang bagi memudahkan penyelesaian masalah membabitkan hal pertunangan yang mungkin timbul.

Setiausaha Persatuan Ketua-Ketua Kampung/Sidang Melaka Muslihin Muhammad, 54, berkata, sejak sijil pertunangan diperkenalkan, pelbagai masalah berbangkit ketika tempoh pertunangan pasangan terbabit diselesaikan dengan mudah berbanding cara catatan lapuk digunakan.

“Sebelum ia diperkenalkan, sidang mengetuai upacara menghantar tanda, mencatatkan segala maklumat berkaitan persetujuan antara kedua-dua belah keluarga dalam buku nota (buku 555) kerana senang dibawa.

“Masalah timbul apabila, pertunangan diputuskan pihak sebelah lelaki atau perempuan dan buku nota mengandungi butiran perjanjian pula hilang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sijil unik

Sekianlah artikel Sijil unik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sijil unik dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/sijil-unik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :