Judul : 'Saya hanya menjadi diri sendiri'
link : 'Saya hanya menjadi diri sendiri'
'Saya hanya menjadi diri sendiri'
ramlah@hmetro.com.my.
Pelakon dan pengacara popular Neelofa diumumkan sebagai selebriti tempatan yang berjaya mengumpul jumlah pengikut tertinggi iaitu hampir lima juta di laman sosial Instagram, baru-baru ini.
Malah, pengacara program MeleTop ini berjaya mengatasi rekod yang pernah dipegang pelakon popular Nora Danish sebelum ini.
Namun, kata pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Nor, 28, media sosial adalah platform untuk mendekatkan dirinya dengan peminat dan bukannya menjadi medan perbandingan jumlah pengikut.
“Saya juga menganggap media sosial sebagai ruang untuk berinteraksi dengan peminat sekali gus berkongsi perkembangan karier seni dan produk.
“Kalau ada yang anggap kapsyen saya di laman sosial agak sinis ketika ini, sebenarnya saya hanya menjadi diri sendiri dan apa yang dikongsi itulah diri saya,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 'Saya hanya menjadi diri sendiri'
Anda sekarang membaca artikel 'Saya hanya menjadi diri sendiri' dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/saya-hanya-menjadi-diri-sendiri.html