Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja

Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja
link : Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja

Baca juga


Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja

DEWASA ini, banyak cara boleh digunakan untuk mencari kerja.

Jika dahulu masyarakat hanya terhad kepada pengiklanan di media cetak, tetapi dengan kewujudan media sosial, ia membuka ruang lebih besar untuk menarik perhatian bakal majikan.

Namun cara yang dilakukan lelaki ini agak berbeza, apabila memilih untuk berdiri di tepi jalan dengan memegang sebuah kadbod bertulis tulisan tangan.

Mungkin sudah habis ikhtiar, cara itu digunakannya dengan harapan ada yang sudi menawarkan pekerjaan.

Dalam keterangan pada kadbod itu, lelaki berkenaan memberitahu dia memerlukan pekerjaan dalam kadar segera sebagai pemandu peribadi atau pemandu keluarga.

Dalam gambar yang tular di media sosial, lelaki berusia 45 tahun itu turut menyertakan perincian karakter dirinya seperti menepati masa, amanah dan pakar dalam seni mempertahankan diri.

Foto yang kini rancak dikongsi pengguna media sosial.

Gambar yang dikongsi pengguna Facebook Syafiqah Damanhuri tular di media sosial.
Astro AWANI cuba menghubungi nombor telefon yang tertera, namun panggilan tidak berjawab.

Melalui maklumat yang diperoleh di laman sosial, lelaki itu merupakan bekas tentera dan kini bekerja di sebuah kilang di Shah Alam.

Namun difahamkan, kilang berkenaan sedang dalam proses mengecilkan jumlah pekerja, memaksanya mencari pekerjaan lain.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja

Sekianlah artikel Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/sanggup-berdiri-di-tepi-jalan-demi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :