Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng

Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng
link : Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng

Baca juga


Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng

ra.jpg

PELAJAR lelaki sekolah menengah di Sri Aman ditahan polis kerana meletakkan racun lipas dalam mi goreng sebelum memberi rakan sekelasnya untuk makan, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata pelajar 13 tahun itu memberi rakan sekelasnya makan mi goreng yang dibawanya, pada 9.30 pagi.

Menurutnya, rakan sebayanya itu tidak mengetahui tindakan suspek meletakkan racun lipas sebelum makan mi goreng itu tanpa curiga.

Bagaimanapun, katanya, beberapa minit selepas makan mi goreng berkenaan, mangsa tiba-tiba menjadi mual sebelum muntah menyebabkan suspek ketakutan.

“Suspek yang cemas kemudiannya menyerahkan racun berkenaan kepada rakan sekelasnya kerana bimbang tindakannya diketahui namun rakan sekelasnya terus memaklumkan kejadian kepada guru.

“Melihat mangsa yang lemah menyebabkan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa yang berusia 49 tahun kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sri Aman, pada 2.30 petang semalam.

Katanya, separukan polis kemudian menahan pelajar itu di rumahnya di Taman Sri Jaya tidak lama selepas itu.

Dev berkata, hanya seorang mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan polis merampas sebungkus racun lipas daripada suspek untuk siasatan lanjut.

“Mangsa kini masih dirawat di Hospital Sri Aman manakala suspek sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai mengambil keterangan daripadanya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera menggunakan racun yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sumber: sehinggit


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng

Sekianlah artikel Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakan Sekelas Bergurau Dengan Meletakkan Racun Lipas Dalam Mee Goreng dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/rakan-sekelas-bergurau-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :