Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin

Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin
link : Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin

Baca juga


Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin

SIBU – Orang ramai di Sibu diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan panik dengan khabar angin yang tular di media sosial menyatakan penyakit anjing gila atau rabies sudah mula merebak di bandar itu.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee berkata, sebaliknya mereka perlu menyelidiki kesahihan khabar angin berkenaan terlebih dahulu dan tidak menyebarkannya kepada masyarakat.

“Hanya laporan atau kenyataan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang dikeluarkan pada 5 petang setiap hari adalah rasmi dan sahih,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah-tamah Aidilfitri di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) di sini malam tadi.

Dr Annuar ditanya mengenai khabar angin kononnya kes rabies kini sudah merebak di kawasan antara Km 10 dan Km 12 Jalan Oya di sini.

Beliau yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan berkata, orang ramai perlu mengetahui bahawa tidak semestinya kejadian terkena gigitan anjing akan menyebabkan mangsa dijangkiti rabies.

“Walaupun digigit anjing gila, tidak semestinya 100 peratus mendapat penyakit itu (rabies) tapi kalau dicuci dan dibersih tempat kena gigitan serta mendapat suntikan empat kali, insya-Allah 99.9 peratus sembuh,” katanya.

Apa yang penting katanya ialah rawatan harus diambil pada kadar segera selepas digigit anjing yang disyaki dijangkiti rabies.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memuji jawatankuasa pengurusan Masjid An-Nur Sibu atas kejayaan menganjurkan majlis hari raya yang turut menjemput pertubuhan keagamaan bukan Islam di bandar ini sekali gus menunjukkan semangat perpaduan dan toleransi penduduk pelbagai kaum. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin

Sekianlah artikel Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rabies: Jangan Panik Dengan Khabar Angin dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/rabies-jangan-panik-dengan-khabar-angin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :