Judul : Rabies: 2,667 Ekor Anjing Divaksin Hari Ini
link : Rabies: 2,667 Ekor Anjing Divaksin Hari Ini
Rabies: 2,667 Ekor Anjing Divaksin Hari Ini
KUCHING – Sejumlah 2,667 ekor anjing divaksin hari ini di bawah program pemvaksinan secara besar-besaran untuk mengawal penularan wabak rabies.
Dalam satu kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata program berkenaan yang diadakan di Padang Bola Keranjang Everbright Estate dekat sini bermula 10 pagi hingga 4 petang tadi.
Ia diadakan khusus dalam radius 10 kilometer dari Pasar Basah Sungai Maong yang telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies sejak Selasa lalu (25 Julai).
“Sebanyak 2,667 ekor anjing telah divaksin hari ini, ini menjadikan jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin setakat ini adalah 21,609 ekor terdiri daripada anjing (13,969 ekor), kucing (7,595) dan 45 ekor haiwan lain,” katanya.
Sekretariat itu berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut memaklumkan menerima sebanyak 81 kes gigitan baru yang dilaporkan hari ini.
“Di Bahagian Serian sebanyak 38 kes gigitan dilaporkan; Bahagian Sri Aman 10 kes gigitan dan Bahagian Kuching 33 kes gigitan. Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku mulai 1 April hingga ke hari ini, adalah berjumlah 1,156 kes,” katanya.
Sekretariat itu turut memaklumkan kempen ceramah akan diteruskan esok (30 Julai) di tiga lokasi.
“Ceramah dalam Bahasa Mandarin akan diadakan di Dewan Masyarakat Siburan, Siburan dan Tadika Dewan Perniagaan Kota Sentosa, Batu Tujuh Kota Sentosa; manakala ceramah dalam Bahasa Iban di Balai Raya Desa Wira Lorong 20 Lot, Desa Wira, Batu Kawa.
“Ketiga-tiga ceramah itu akan bermula 7.30 petang,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rabies: 2,667 Ekor Anjing Divaksin Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Rabies: 2,667 Ekor Anjing Divaksin Hari Ini dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/rabies-2667-ekor-anjing-divaksin-hari_29.html