Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang
link : Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

Baca juga


Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

TANJUNG MALIM – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak menyuntik vaksin terhadap 65 ekor anjing dan 67 ekor kucing di Kuala Sepetang, Taiping setakat ini sebagai langkah mengekang penularan wabak penyakit anjing gila atau Rabies di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata JPV Perak juga mengambil lapan sampel daripada 48 anjing liar yang terpaksa dilupuskan di kawasan wabak itu untuk dianalisis di makmal Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh semalam.

“Hasil ujian lima daripada lapan sampel yang diambil daripada anjing-anjing di Kuala Sepetang didapati negatif Rabies hari ini.

“Hasil tiga lagi sampel yang dihantar malam tadi akan diketahui Jumaat ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Menangani Wabak Rabies Perak di Majlis Daerah Tanjung Malim di sini, hari ini.

Dr Mah berkata semua pemilik anjing di kawasan mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama, yang diwarta sebagai kawasan penyakit anjing gila, tidak dibenarkan membawa keluar haiwan peliharaan itu dari kawasan berkenaan.

“Tidak ada anjing yang boleh keluar atau masuk dalam kawasan wabak yang diwartakan di bawah Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila berkuat kuasa 17 Julai.

“Bagi mana-mana individu yang hendak bawa keluar atau masuk (dalam kawasan wabak), mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak,” katanya.

Dr Mah berkata untuk mengekang penyakit anjing gila daripada merebak ke kawasan lain, pihak polis telah diminta mengadakan sekatan pemeriksaan jalan raya.

Individu yang melanggar perintah pewartaan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang, katanya.

Pada 12 Julai lepas, seekor anjing mati akibat Rabies iaitu lapan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

Sekianlah artikel Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rabies: 130 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/rabies-130-anjing-kucing-divaksinkan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :