Judul : Puteri Aishah dan Datuk SM Faizal Nasimuddin Bercinta
link : Puteri Aishah dan Datuk SM Faizal Nasimuddin Bercinta
Puteri Aishah dan Datuk SM Faizal Nasimuddin Bercinta
Nampaknya di blog-blog dan forum hiburan tempatan kecoh dengan cerita kemesraan Puteri Aishah, finalis Dewi Remaja 2014/15 bersama seorang VVIP , Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza iaitu Datuk SM Faizal SM Nasimuddin.
Menerusi beberapa gambar serta video di instagram miliknya membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah status mereka berdua?
A post shared by Official Puteri Aishah (@puteriaishah_) on Jul 23, 2017 at 4:28am PDT
MH Online tidak melepaskan peluang bertanya sendiri pada tuan punya badan tentang perkara ini.
Puteri akui sejak dia mula memuat naik gambar bersama Faisal, ramai media dan rakan-rakan terkejut dan bertanya soalan yang sama.
Namun buat masa ini dia hanya selesa untuk memberitahu mereka hanya sekadar kawan.
Ya betul, kami hanya berkawan sahaja. Sebenarnya saya dah lama kenal sebab saya berkawan rapat dengan sepupu dia. Bila keluar adakalanya dia akan join sama. Dari situlah kami mula rapat.
Semua ni salah faham sahaja. Mungkin sebab posing kami sahaja nampak seperti berpasangan. Lagi pun netizen sendiri yang assume kami bersama, jelasnya pada MH Online.
Bukan sahaja Puteri, malah Faisal juga ada memuat naik video mereka di dalam kereta jenis Ferrari. Ada netizen yang sedar Faisal memanggil Puteri dengan panggilan sayang dan Puteri cuba mengelak daripada menjawab dengan jelas pada kami.
A post shared by Faisal Nasimuddin (@faisalnasimuddin) on Jul 22, 2017 at 3:59am PDT
Eh ye ke? Salah faham je tuh.. kami memang berkawan,jawabnya sambil ketawa malu.
Malah bila ditanya sejauh mana rapat antara mereka Puteri hanya mampu ketawa tersipu malu tanpa menjawab persoalan tersebut.
Heheh sesuatu sangat mereka berdua. Tetapi andai benar mereka dijodohkan bersama MH Online doakan yang terbaik buat mereka berdua.
Sumber: MEDIA HIBURAN
Sumber: sehinggit
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Puteri Aishah dan Datuk SM Faizal Nasimuddin Bercinta
Anda sekarang membaca artikel Puteri Aishah dan Datuk SM Faizal Nasimuddin Bercinta dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/puteri-aishah-dan-datuk-sm-faizal.html