Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China

Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China
link : Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China

Baca juga


Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China

Konvoi Kembara Inspirasi Haji, (KIH) selamat tiba di China pagi tadi setelah melepasi pemeriksaan imigresen di pintu masuk Mohan, bersempadankan Laos.

Selesai sahaja pemeriksan imigresen itu, kedua-dua kenderaan pacuan empat roda yang membawa lapan peserta itu terus dibawa oleh pemandu pelancong, Andy Yuan ke Bandar Mengla untuk pemeriksaan kedua-dua kenderaan di balai polis bandar itu.

Pemeriksaan kenderaan itu penting bagi membolehkan mereka memperolehi lesen memandu secara sah sepanjang 17 hari mereka berada di negara ini, seperti Shadian, Kunming, Dali, Liangshan, Guangyuan, Lanzhou, Jiuguan, Kumul, Urumqi, Bayingol dan Kashgar di utara China.

Pengarah Projek KIH, Khir Ariffin berkata mereka sungguh bersyukur kerana segala urusan untuk memasuki China berjalan dengan baik termasuk kelulusan pemeriksaan kedua-dua kenderaan daripada pihak berkuasa China.

Bagi Mohd Izam Mahd Nor yang pertama kali menjejakkan kaki di China merasa teruja kerana memperolehi lesen untuk membolehkannya memandu di tempat-tempat yang akan mereka lalui nanti.

"Saya rasa bertuah kerana mendapat lesen memandu di negara China sepanjang 17 hari kami berada di negara ini dan mungkin sejauh 8,000 kilometer jauh. Ini bererti saya dan rakan rakan dapat memandu separuh daripada Asia," katanya selepas mendapat lesen memandu China.

Selepas selesai pemeriksan kenderaan, konvoi itu meneruskan perjalanan menuju Shadian yang melibatkan perjalanan sejauh 600 kilometer dengan tempoh perjalanan sembilan jam.

Sejak memulakan perjalanan Selasa lepas, konvoi KIH telah melakukan perjalanan sejauh 2,700 kilometer merentasi Laos, Thailand dan Kuala Lumpur.

Jumlah jarak keseluruhan perjalanan yang akan diambil oleh mereka untuk sampai ke Dubai ialah 16,000 kilometer.

Dari Dubai peserta KIH akan menaiki pesawat untuk ke Mekah untuk menunaikan fardu haji.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China

Sekianlah artikel Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peserta Kembara Inspirasi Haji peroleh lesen memandu di China dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/peserta-kembara-inspirasi-haji-peroleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :