Judul : Pesakit Kelima Rabies Tidak Kritikal
link : Pesakit Kelima Rabies Tidak Kritikal
Pesakit Kelima Rabies Tidak Kritikal
GEORGE TOWN – Lelaki berusia 52 tahun yang merupakan individu kelima dijangkiti wabak penyakit anjing gila atau Rabies di Sarawak masih belum sedarkan diri namun keadaannya dilaporkan tidak kritikal.
Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Chong Chee Kheong berkata lelaki itu, yang berasal dari Kampung Remun, Serian, ditempatkan di wad pengasingan khas di Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi pemantauan rapi.
“Lelaki itu disahkan dijangkiti virus Rabies selepas ujian makmal pada 18 Julai lepas. Dia tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya tidak kritikal,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Kelima dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya di sini, hari ini.
Para peserta dari 10 negara ASEAN menghadiri bengkel itu yang bermula semalam hingga esok.
Sebelum ini, empat kes Rabies dilaporkan di Serian membabitkan kanak-kanak yang kesemuanya sudah meninggal dunia.
Empat kanak-kanak itu ialah dua beradik Jackson Mazlan,4, dan kakaknya, Monica, 6, dari Kampung Paon Sungai Rimo, Serian yang meninggal dunia pada 4 Julai lalu; Alicesa Lovenna, 7, dari Kampung Lebor, Serian (13 Julai); dan Florencesia Edward, 5, dari Kampung Ampungan, Serian (17 Julai).
Sementara itu, Dr Chong berkata Kementerian Kesihatan juga akan terus memantau keadaan kesihatan mangsa-mangsa yang disahkan negatif Rabies sekurang-kurangnya tiga minggu hingga enam bulan bagi memastikan mereka bebas virus itu.
“Macam kanak-kanak lelaki di Melaka, dia mengalami selesema, demam dan sakit kepala serta sedikit simptom wabak itu namun ujian makmal mendapati dia negatif virus itu. Tetapi, kami mesti lakukan pemantauan dan rawatan untuk melihat perkembangan kesihatannya dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan kes-kes terdahulu, semua mangsa yang dikesan positif virus Rabies hanya disahkan selepas dua atau tiga bulan mereka digigit dan bukannya sejurus digigit haiwan berkenaan.
“Tempoh untuk menentukan pesakit benar-benar bebas daripada virus memang panjang dan sebab itu kami perlu mengikuti perkembangan mereka sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan lagi,” katanya.
– BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pesakit Kelima Rabies Tidak Kritikal
Anda sekarang membaca artikel Pesakit Kelima Rabies Tidak Kritikal dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/pesakit-kelima-rabies-tidak-kritikal.html