Judul : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai)
link : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai)
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai)
Peristiwa
762 - Khalifah Al-Mansur mengasaskan Baghdad bagi menjadi ibu negara empayar Islam di bawah pemerintahan Abbasiyyah.
1619 - Dewan Burgesses di Virginia yang merupakan dewan undangan pertama yang dipilih di benua Amerika, bersidang buat pertama kali.
1825 - Pulau Malden, kini sebahagian Kepulauan Line Kiribati, ditemui di Lautan Pasifik.
1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan gagal mematahkan barisan Gabungan dalam Pertempuran Kawah di Petersburg, Virginia.
1930 - Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina 4–2 di Stadium Centenario untuk memenangi Piala Dunia bola sepak pertama.
1945 - Perang Dunia Kedua: Penjajap berat Tentera Laut A.S. USS Indianapolis ditenggelamkan oleh kapal selam Jepun I-58.
2003 - Kereta Volkswagen Beetle gaya lama yang terakhir dikeluarkan di Puebla, Mexico.
2006 - Perang Lubnan: Tentera Udara Israel menyerang sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran Qana, Lubnan Selatan, membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam, termasuk 16 kank-kanak.
2008 - Parti pemerintah Turki Parti Keadilan dan Pembangunan terselamat daripada diharamkan oleh mahkamah atas tuduhan anti-sekular.
2010 - Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.
2011 - Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.
2012 - Kegagalan grid kuasa di 20 negeri di India menyebabkan 600 juta orang tiada elektrik.
2013 - Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan baharu.
Kelahiran
1974 - Hilary Swank, pelakon Amerika Syarikat.
Kematian
1811 - Miguel Hidalgo Costilla, pemimpin Perang Kemerdekaan Mexico.
1912 - Maharaja Meiji dari Jepun.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Julai)
sumber: wikipedia
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai)
Anda sekarang membaca artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Julai) dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/peristiwa-penting-hari-ini-dalam_29.html