Judul : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)
link : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Uruguay (1830).
Peristiwa
1290 – Edward I mengeluarkan edik mengusir semua orang Yahudi dari England.
1863 – Perang Saudara Amerika: Unit tentera Amerika-Afrika formal pertama, Regimen ke-54 Infantri Massachusetts mengetuai serangan ke atas Kubu Wagner di Carolina Selatan.
1925 – Adolf Hitler menerbitkan jilid pertama manifesto peribadinya Mein Kampf.
1942 – Jurutera Jerman menguji pesawat pejuang Messerschmitt Me 262, kali pertama sebuah pesawat turbin jet terbang.
1944 – Jeneral Hideki Tōjō (gambar) terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas satu siri kegagalan pada akhir Perang Dunia Kedua.
1976 – Di Sukan Olimpik Montreal, Nadia Comaneci menjadi orang pertama mendapat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik Olimpik moden.
1982 – Angkatan tentera Guatemala dan sekutu separa tenteranya membunuh lebih 250 orang Maya di Baja Verapaz.
2013 – Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
Kelahiran
1918 - Nelson Mandela, seorang Presiden Afrika Selatan.
Kematian
1872 - Benito Juarez, Presiden Mexico.
2012 - Rajesh Khanna, seorang pelakon dan penerbit filem Bollywood.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Julai)
sumber: wikipedia
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)
Anda sekarang membaca artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai) dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/peristiwa-penting-hari-ini-dalam_17.html