Judul : Pelajar Tingkatan Satu Meracuni Rakan Sekelasnya Dengan Memasukkan Racun Lipas Pada Makanan Yang Di Makan Oleh Rakannya..
link : Pelajar Tingkatan Satu Meracuni Rakan Sekelasnya Dengan Memasukkan Racun Lipas Pada Makanan Yang Di Makan Oleh Rakannya..
Pelajar Tingkatan Satu Meracuni Rakan Sekelasnya Dengan Memasukkan Racun Lipas Pada Makanan Yang Di Makan Oleh Rakannya..
KUCHING: Polis Sarawak menahan pelajar Tingkatan Satu kerana disyaki meracuni rakan sekelasnya dengan memasukkan racun lipas pada makanan lapor mStar..
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar itu ditahan di kediamannya di Sri Aman pada pukul 2.30 pagi Jumaat.
Katanya, kejadian meracun rakan sekelasnnya itu didakwa berlaku di sebuah sekolah di Sri Aman pada tengah hari Khamis.
"Kami telah menahan budak lelaki berusia 13 tahun dan merampas sekotak racun lipas," katanya.Dev menambah, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan meracun.
Beliau berkata, mangsa yang juga berusia 13 tahun dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh kakitangan sekolah berkenaan selepas mulai muntah hanya beberapa minit selepas menjamah makanan yang diberi suspek.
Kata Dev, bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman selepas seorang guru memaklumkan mengenai tindakan budak lelaki itu meracun anaknya.
"Siasatan awal mendapati suspek membawa bekas berisi mi dan memberinya kepada mangsa, sebalum mangsa mulai muntah dan dibawa ke hospital," katanya sambil menambah mangsa masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Dev berkata, susulan kejadian itu, suspek yang panik telah lari meninggalkan sekolah sebelum ditahan polis di kediamannya.-Pen Merah Press
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pelajar Tingkatan Satu Meracuni Rakan Sekelasnya Dengan Memasukkan Racun Lipas Pada Makanan Yang Di Makan Oleh Rakannya..
Sekianlah artikel Pelajar Tingkatan Satu Meracuni Rakan Sekelasnya Dengan Memasukkan Racun Lipas Pada Makanan Yang Di Makan Oleh Rakannya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Tingkatan Satu Meracuni Rakan Sekelasnya Dengan Memasukkan Racun Lipas Pada Makanan Yang Di Makan Oleh Rakannya.. dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/pelajar-tingkatan-satu-meracuni-rakan.html