Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor

Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor
link : Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor

Baca juga


Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Gambar di atas hanya gambar hiasan.

Percutian sepasang kekasih yang sepatutnya membawa pengalaman indah bertukar menjadi ngeri selepas mereka diekori sebuah kereta yang tidak dikenali pada awal pagi.

Dalam satu temuramah oleh akhbar Kwong Wah, mangsa yang berusia 26 tahun bernama Tan dan teman lelakinya tiba di sebuah hotel dekat Kulai, Johor sekitar jam 6 pagi, lapor World of Buzz.



Namun malangnya, tiada bilik kosong di hotel tersebut dan mereka terpaksa berpindah ke hotel yang lain pula.

Sumber: WOB

Sebaik sahaja mereka tiba di kereta, sebuah Proton Wira modified muncul secara tiba-tiba dan berhenti betul-betul di hadapan kenderaan mereka. Pemandu kenderaan tersebut menyalakan lampu menggunakan telefon pintarnya dan menghalakan ia ke arah pasangan itu yang datang dari Kuala Lumpur.

“Pada mulanya kami ingat dia seorang polis. Teman lelaki saya menurunkan tingkap kereta untuk bercakap dengannya. Namun, lelaki tersebut kelihatan sangat emosional dan bertanya apa yang kami buat di sini,” kata Tan.

Disebabkan kenderaan Proton Wira tersebut bercermin gelap, teman lelaki Tan pantas menaikkan semula cermin tingkap kereta kerana takut keselamatan mereka diancam.

Sumber: WOB

Pada saat itulah lelaki tersebut mula bertindak berani dengan mengetuk tingkap kereta mereka berkali-kali dan kembali semula ke keretanya untuk mendapatkan sesuatu yang mereka syak sebagai alat untuk memecahkan tingkap kereta mereka.



Wuu psiko betul ni! 

Takut dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku, pasangan kekasih tersebut cepat-cepat beredar dari tempat berkenaan. Namun semuanya tidak berakhir di situ. Lebih mengejutkan, kenderaan tadi terus mengekori mereka dari Indahpura sehinggalah ke jalan utama di Kulai!

Gambar hiasan

Cadangannya mereka ingin terus memandu ke Balai Polis Kulai, namun tindakan mereka terbantut apabila pemandu Wira tersebut memotong dan menghalang kenderaan mereka hingga memaksa pasangan tersebut mengambil jalan lain.

Mereka kemudian tiba di sebuah kedai kopi untuk meminta pertolongan dari penduduk tempatan apabila Wira tersebut mengalah dan berhenti dari mengekori mereka. Akhirnya pasangan tersebut membuat laporan polis.

Trauma dengan apa berlaku, mereka akhirnya membatalkan percutian di Johor dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.



Kejadian ini mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memberikan pandangan masing-masing berkaitan hal tersebut.

“Anggota polis yang sebenar tidak akan memberhentikan kenderaan orang awam menggunakan kereta persendirian,” kata seorang netizen.

“Hal ini tidak saja berlaku di Kulai, mana-mana tempat pun bahaya sekarang,” kata seorang netizen lagi.

Walaupun masih tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu bermotifkan rompakan atau tidak, namun berdasarkan tindak laku pemandu tersebut, ternyata dia berniat tidak baik.

Berhati-hatilah walau di mana anda berada!

Baca: Lelaki Pecahkan Cermin Kereta di Pasar Malam Kepong Berjaya Ditangkap Oleh Orang Awam

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor

Sekianlah artikel Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan Terpaksa Batalkan Percutian Selepas Diekori Proton Wira Yang Mencurigakan di Kulai, Johor dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/pasangan-terpaksa-batalkan-percutian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :