Judul : Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh
link : Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh
Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh
KUANTAN: Seorang murid Tahun Enam yang dipercayai memanjat bumbung untuk mencari burung cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat empat bangunan sebuah sekolah rendah di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata dalam kejadian jam 3.30 petang itu, murid lelaki berusia 12 tahun berkenaan dikatakan bersama empat lagi rakannya memanjat bumbung sekolah itu untuk mencari dan menangkap burung.
Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh
“Bagaimanapun ketika mencari burung mangsa dipercayai tergelincir sebelum jatuh ke bahagian siling bangunan tingkat empat sebelum terjatuh ke tanah,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Aziz berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Kemaman kerana mengalami pendarahan pada bahagian dalam kepala akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter.
Katanya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan rakan mangsa dan kakitangan sekolah itu.
Sumber: Bharian
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh
Anda sekarang membaca artikel Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/murid-cari-burung-di-bumbung-sekolah.html