Judul : M’sia Bertemu Mesir Final Skuasy Remaja Dunia
link : M’sia Bertemu Mesir Final Skuasy Remaja Dunia
M’sia Bertemu Mesir Final Skuasy Remaja Dunia
KUALA LUMPUR – Pasukan skuasy remaja kebangsaan semakin menghampiri kejuaraan sulung mereka dalam Kejohanan Berpasukan Remaja Wanita Dunia WSF setelah melayakkan diri ke final kejohanan itu yang berlangsung di Tauranga, New Zealand, hari ini.
Anak didik jurulatih Andrew Cross itu mengalahkan pilihan ketiga, England 2-0, dalam perlawanan separuh akhir untuk menempah tempat ke perlawanan akhir esok menentang Mesir selaku juara bertahan, menurut laman web kejohanan http://ift.tt/1lmGg0O.
Dalam perlawanan menentang England yang diadakan di Devoy Squash and Fitness Centre, Malaysia selaku pasukan pilihan kedua, mendahului saingan selepas juara dua kali kejohanan Terbuka Remaja British, Aifa Azman mengalahkan Jasmine Hutton; 6-11, 12-10, 12-10 dan 11-6.
Juara Remaja Asia Bawah-19 2016, S. Sivansangari melengkapkan kemenangan bagi Malaysia dengan mengetepikan Lucy Turmel;11-8, 11-8 dan 11-4.
Sementara itu, Mesir, yang juga juara tujuh kali, menang selesa 3-0 ke atas juara 2005, Hong Kong, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Sebagai rekod, Malaysia dan Mesir pernah berentap dalam final edisi 2007 di Hong Kong yang berkesudahan dengan kemenangan Mesir 2-0.
Empat belas pasukan mengambil bahagian dalam edisi tahun ini dengan Mesir mendahului cabaran dalam Kumpulan A bersama-sama New Zealand dan Australia manakala Malaysia diundi bersama-sama Jerman dan Kanada dalam Kumpulan B.
Juara lima kali England mengepalai cabaran dalam Kumpulan C bersama-sama India, Perancis dan Afrika Selatan manakala empat pasukan lagi — Hong Kong, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Ireland – dalam Kumpulan D.
Kejohanan itu adalah kesinambungan Kejohanan Skuasy Individu Remaja Dunia WSF yang berakhir di venue sama pada Isnin.- BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel M’sia Bertemu Mesir Final Skuasy Remaja Dunia
Anda sekarang membaca artikel M’sia Bertemu Mesir Final Skuasy Remaja Dunia dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/msia-bertemu-mesir-final-skuasy-remaja_28.html