Judul : Misi cipta sejarah
link : Misi cipta sejarah
Misi cipta sejarah
Kuala Lumpur: Skuad hoki ais lelaki negara berada dalam persiapan terbaik untuk mencipta sejarah tersendiri dengan meraih pingat sulung di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan berlangsung bulan depan.
Menurut pengurus pasukan Hisham Yahaya, buat masa sekarang segala persiapan berjalan lancar termasuk sesi latihan yang dibahagikan kepada dua - di gelanggang ais dan gimnasium.
“Kita juga mahu pemain bersedia dari segi mental dan perkara ini memerlukan kerjasama bersama Institut Sukan Negara (ISN),” katanya.
Jelasnya, untuk memantapkan persediaan skuad hoki ais negara, mereka sudah melakukan perlawanan persahabatan menentang kelab dari Taiwan dan Thailand.
“Ketika menentang kelab Taiwan itu kami menang sekali dan empat kali tewas, namun tujuan utama ketika itu adalah untuk melihat formasi. Kelab Taiwan itu terkenal dengan corak permainan pantas, jadi ia juga memberi peluang kami menguji barisan pertahanan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Misi cipta sejarah
Anda sekarang membaca artikel Misi cipta sejarah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/misi-cipta-sejarah.html