Membeli-belah dalam gelap?

Membeli-belah dalam gelap? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Membeli-belah dalam gelap?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Membeli-belah dalam gelap?
link : Membeli-belah dalam gelap?

Baca juga


Membeli-belah dalam gelap?

BAYANGKAN anda diberi peluang untuk menghabiskan RM3,500 dalam masa lapan minit untuk mengambil apa sahaja di sebuah pasar raya.

Cuma cabarannya, anda hanya boleh membeli-belah dalam keadaan gelap dengan hanya menggunakan lampu kepala. Jadi, barangan apakah yang anda akan ambil?

Bagi pasangan suami isteri Mohd Fakri Ghazali, 36 dan Nurul Huda Sahury, 34, barangan keperluan keluarga dan anak-anak menjadi keutamaan. 

"Memang banyak barang boleh diambil namun kami mengutamakan barangan keperluan harian. Contohnya seperti sabun mandi, sabun basuh dan beras. Kami cuba mengambil sebanyak yang mungkin," kata Fakri.

Mohd Fakri dan Nurul Huda merupakan antara 10 finalis pertandingan kempen Energizer 'Shop in The Dark' 2017 yang berlangsung di Mydin USJ, Subang pada Khamis lalu.

Pertandingan ini mencabar peserta untuk membeli-belah dalam gelap selain menerima bonus sebanyak RM3,500 untuk dihabiskan di pasar raya Mydin. 

Antara barangan keperluan harian yang dibawa pulang oleh Mohd Fakri dan isterinya, Nurul Huda Sahury.

Mohd Fakri juga berkata pertandingan seumpama ini mampu meringankan beban kos sara hidup mereka.

"Kami pernah memasuki pertandingan ini pada tahun lepas dan kami menyifatkan pertandingan ini sangat membantu dalam meringankan kos sara hidup.

"Dengan barangan yang kami ambil seperti sabun baju dalam jumlah yang banyak, ia mampu bertahan sehingga setahun," tambahnya.

Kempen Energizer 'Shop in The Dark' 2017 merupakan pertandingan anjuran Energizer dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Membeli-belah dalam gelap?

Sekianlah artikel Membeli-belah dalam gelap? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Membeli-belah dalam gelap? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/membeli-belah-dalam-gelap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :