Judul : Mahu 'menapak' ke Makkah
link : Mahu 'menapak' ke Makkah
Mahu 'menapak' ke Makkah
Chukai: Selepas melakar rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan kejayaan berjalan solo ke seluruh negara, Sabri Ali, 54, kini menyimpan cita-cita lebih besar menakluk bumi Makkah dan Madinah.
Dia yakin impiannya bukan mustahil biarpun bakal berdepan dengan cabaran cuaca panas terik di Tanah Suci.
“Ia menjadi impian saya untuk menghayati hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah. Saya difahamkan jarak antara kedua-dua kota suci itu kira-kira 400 kilometer (km).
“Bagi saya, mungkin tidak menjadi masalah untuk berjalan sejauh itu kerana sudah membuktikan keupayaan menjelajah sejauh lebih 2,000 km sebelum ini.
“Mungkin keadaan cuaca yang akan menjadi cabaran, cuma saya berharap impian dan misi berjalan solo di bumi Arab nanti mampu tercapai,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Mahu 'menapak' ke Makkah
Anda sekarang membaca artikel Mahu 'menapak' ke Makkah dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/mahu-menapak-ke-makkah.html