Judul : Letak Racun Lipas Dalam Mi Goreng: Suspek Dakwa Sering Dibuli Mangsa
link : Letak Racun Lipas Dalam Mi Goreng: Suspek Dakwa Sering Dibuli Mangsa
Letak Racun Lipas Dalam Mi Goreng: Suspek Dakwa Sering Dibuli Mangsa
Foto hiasan. |
Sri Aman, 21 Julai - Hari ini kita dikejutkan dengan satu kejadian dimana pelajar di sebuah sekolah meletakkan racun di dalam mi goreng rakannya.
Bagaimanapun, pelajar lelaki berkenaan mendakwa dia berbuat sedemikian kerana tidak tahan dibuli oleh mangsa.
Datuk kepada pelajar tingkatan satu itu mendakwa mangsa, yang juga merupakan rakan sekelas kepada pelajar berkenaan, sering meminta wang dan makanan dari cucunya itu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, datuk pelajar yang menjadi suspek dalam kes itu membuat laporan di Balai Polis Sri Aman pada jam 5 petang tadi.
"Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan itu, sama ada ia mempunyai kaitan dengan kejadian keracunan makanan yang dilakukan suspek," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.
Seorang pelajar di Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah selepas memakan mi yang mengandungi lipas.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sri Aman.
Suspek kejadian itu telah ditahan polis pada 2.30 pagi tadi susulan laporan polis yang diterima dari bapa mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan racun dan suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber: Berita Harian Online
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Letak Racun Lipas Dalam Mi Goreng: Suspek Dakwa Sering Dibuli Mangsa
Anda sekarang membaca artikel Letak Racun Lipas Dalam Mi Goreng: Suspek Dakwa Sering Dibuli Mangsa dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/letak-racun-lipas-dalam-mi-goreng.html