Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja

Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja
link : Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja

Baca juga


Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja


MUNICH, JERMAN - Dek kerana kesesakan lalu lintas yang teruk menyebabkan ribuan kenderaan terkandas di laluan untuk ke tempat kerja, seorang lelaki sanggup merenangi sebuah sungai yang sejauh dua kilometer bersamaan 30 minit untuk ke tempat kerjanya di Kulturstrand.

Benjamin David, 40, antara daripada ribuan orang dari bandar Munich yang dikatakan sering berusaha untuk mengelakkan daripada kesesakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerjanya dengan menggunakan laluan alternatif.



Lelaki terbabit dikatakan pernah menaiki basikal pada suatu ketika dahulu untuk ke tempat kerja tetapi setelah dua tahun berlalu dia mengambil keputusan untuk menggunakan laluan yang lebih memudahkannya untuk sampai ke tempat kerjanya.

Sungai Isar adalah laluan terkini pilihan beliau yang memaksanya untuk berenang merentasi sungai berkenaan dalam masa 30 minit. Menariknya, selepas sampai ke destinasi melalui sungai, dia sempat mengeringkan badannya dengan tuala serta memakai t-shirt dan menikmati minuman cappuccino di sebuah kafe berhampiran sambil menunggu rakan-rakannya yang turut terkandas dalam kesesakan jalan raya.


Memetik laporan Odditycentral, pada setiap pagi Benjamin akan meninggalkan apartmentnya di Bladeplatz dan berenang menerusi sungai berkenaan untuk meneruskan perkerjaannya sebagai pengasas dan jurucakap sebuah kumpulan pemikir.

Benjamin dilaporkan turut memberi penekanan dalam aspek keselamatan ketika mahu berenang dan setiap hari akan menyemak melalui internet tentang keadaan suhu, arus dan paras air sebelum memasuki ke dalam sungai.

Selain itu, beliau turut membawa bersama beg khas kalis air untuk memastikan pakaian, barang-barang dan peralatan kerjanya seperti dokumen serta komputer riba yang dibawanya sentiasa kering dan tidak terkena air.


Dianggarkan 30,000 orang yang telah berpindah ke negara Jerman setiap tahun yang membuatkan kesesakan lalu lintas semakin menjadi-jadi dan Benjamin tidak meolak kemungkinan beberapa rakannya akan turut mengikut jejaknya dengan berenang untuk pergi ke tempat kerja, lapor Sinar Harian.

Pada ketika ini, Benjamin David adalah satu-satunya orang yang berada di Munich yang telah menggunakan Sungai Isar untuk perjalanan pergi ke tempat kerjanya. - www.koleksiviral.com


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja

Sekianlah artikel Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/lelaki-ini-berenang-rentasi-sungai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :