Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang
link : Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

Baca juga


Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

IPOH – Lebih 330 ekor haiwan peliharaan terdiri daripada anjing dan kucing telah diberi suntikan vaksin bagi mencegah penyakit anjing gila atau Rabies di Kuala Sepetang, Taiping sejak Isnin lalu. 

Pengarah JPV Perak, Dr Fuziah Muhayat berkata tindakan itu sebagai langkah untuk mencegah sebarang risiko penularan Rabies di kawasan berkenaan. 

Selain itu, katanya pihak JPV juga telah melupuskan 72 ekor anjing terbiar dalam tempoh sama dan sampel daripada haiwan berkenaan telah diambil untuk dianalisis di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di sini.

“Daripada 10 sampel itu, lima daripadanya kita telah analisis dan didapati negatif wabak Rabies. 

“Tiga daripada lima lagi baki sampel yang sedang dianalisis mungkin diketahui keputusannya Jumaat ni,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Penyelarasan Tindakan Kawalan Wabak Rabies Negeri Perak, di sini, hari ini. 

Dr Fuziah berkata sebanyak 14  jabatan serta agensi kerajaan turut membantu dalam membebaskan kawasan Kuala Sepetang daripada penularan penyakit berkenaan. 

“Setakat ini, antara pihak yang membantu kami adalah pihak polis, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Daerah Taiping, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (LMS) . 

“Kita harap setiap agensi dapat mainkan peranan masing-masing dan memastikan langkah pencegahan ditingkatkan,” katanya. 

Mukim Matang dalam daerah LMS diwartakan sebagai kawasan penyakit anjing gila berkuat kuasa Isnin lepas setelah seekor anjing mati pada 12 Julai akibat Rabies, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan.  – BERNAMA 

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang

Sekianlah artikel Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 300 Anjing, Kucing Divaksinkan Di Kuala Sepetang dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/lebih-300-anjing-kucing-divaksinkan-di_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :