Judul : Lagu Despacito dihentikan di RTM
link : Lagu Despacito dihentikan di RTM
Lagu Despacito dihentikan di RTM
Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.
“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta ” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.
The post Lagu Despacito dihentikan di RTM appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lagu Despacito dihentikan di RTM
Anda sekarang membaca artikel Lagu Despacito dihentikan di RTM dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/lagu-despacito-dihentikan-di-rtm.html