Judul : Klopp masih cuba dapatkan Keita
link : Klopp masih cuba dapatkan Keita
Klopp masih cuba dapatkan Keita
London: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp berazam membeli pemain sasaran utama mereka menjelang musim baru dan memberitahu beliau mendapat sokongan 100 peratus daripada pemilik kelab dalam musim perpindahan yang mengelirukan.
Kelab Merseyside itu sudah membeli pemain sayap Mohamed Salah dari AS Roma dan penyerang Dominic Solanke, yang kontraknya tamat di Chelsea.
Media Britain melaporkan Klopp berminat mendapatkan pemain tengah RB Leipzig Naby Keita tetapi tawaran berjumlah £57 juta (RM319 juta) ditolak kelab Bundesliga itu.
“Kami memiliki apa yang diperlukan tapi pada akhirnya kami masih perlukan pemain tambahan,” kata Klopp.
“Anda keluar dan melihat kereta yang anda impikan sepanjang hayat, anda katakan ‘ini wangnya’ tapi mereka katakan ‘saya tidak mahu menjual kereta ini’. Anda kata anda mempunyai wang tapi mereka tidak mahu menjual.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Klopp masih cuba dapatkan Keita
Anda sekarang membaca artikel Klopp masih cuba dapatkan Keita dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/klopp-masih-cuba-dapatkan-keita.html