Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen..

Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen.. - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen..
link : Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen..

Baca juga


Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen..

PETALING JAYA: Tanpa mempedulikan asap kenderaan yang menyesakkan nafas, seorang lelaki sanggup berdiri dan berpanas terik di tepi jalan dekat persimpangan lampu isyarat di Shah Alam pada Ahad demi satu tujuan.
Tindakan lelaki berambut sedikit uban itu menarik perhatian ramai kerana memegang kadbod hampir sebesar badannya yang ditulis berserta nombor telefon: Jika anda memerlukan pemandu peribadi, pemandu untuk keluarga atau kedua-duanya, saya sedang mencari pekerjaan dengan segera. Saya berusia 45 tahun dan berpendidikan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).”

Malah tambah keterangan pada kadbod, lelaki tersebut seorang yang menyimpan rahsia, mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri dan mengutamakan keselamatan majikan, selain turut sedia bertugas di luar kawasan pada bila-bila masa.
Kisah lelaki bernama ‘Pakcik Romdon’ ini tular selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook yang prihatin dengan harapan mendapat bantuan netizen.
Romdon Maseh ketika dihubungi mStar Online berkata, dia merupakan operator pengeluaran di sebuah kilang di Shah Alam tetapi diberitahu pihak pengurusan akan memperkecilkan operasi. 
Ditambah pula dengan kesempitan hidup ketika ini, anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor ini mencari jalan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan lebih baik bagi menyara kehidupan keluarganya.

“Hari ini (Ahad) hari pertama saya berdiri dengan kadbod di tepi jalan di Seksyen 7, Shah Alam selama kira-kira empat jam sejak pukul 12 tengah hari. Tapi semalam (Sabtu) saya dah cuba mula buat dengan gantung kadbod di badan sambil bawa motor keliling Shah Alam.
“Mungkin apa yang saya buat ini nampak pelik tapi ini cara mudah untuk orang lebih faham. Biarlah saya gantung (kadbod) di dada, supaya orang tahu apa kehendak hati saya demi mencari sesuap nasi buat keluarga,” kata bapa kepada dua anak ini.
Romdon yang menetap di Seksyen 27, Shah Alam berkata, isterinya juga bekerja di kilang tetapi pendapatan bersih kedua-dua mereka selepas digabungkan masih tidak cukup untuk menyara kehidupan mereka.
Dia yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai pemandu peribadi selama lima tahun berkata, banyak panggilan yang diterima selepas tindakanya ‘mengiklankan’ diri untuk mencari kerja pada Ahad.

“Banyak sangat, ada yang tawar jadi pengawal keselamatan, pembantu di kedai dan penghantar makanan. Malah ada yang tawarkan kerja yang saya anggap tak sesuai seperti menghantar gadis-gadis untuk bekerja di kelab malam.
“Tujuan saya mencari kerja sebagai pemandu peribadi atas faktor usia saya selain mempunyai pengalaman itu. Selagi kerjanya halal dan pendapatannya lebih tinggi berbanding sekarang, saya akan terima,” katanya.
Romdon turut menerima tawaran sebagai pemandu peribadi seperti yang diingininya tetapi masih dalam pertimbangan kerana memerlukan dia bekerja di Johor Bahru.
“Saya tak kisah jika perlu bekerja di luar kawasan selagi pendapatannya berbaloi dan masih berpeluang diberikan cuti untuk berjumpa keluarga,” katanya.
Bagaimanapun kata Romdon, dia tetap bersyukur kerana nasibnya lebih baik berbanding mereka yang menganggur dan hidup bergelandangan.

“Saya tahu masih ramai yang hidup susah, menganggur dan tak ada tempat tinggal. Tapi hidup saya sekeluarga juga perlu diteruskan dengan kos sara hidup semakin tinggi sekarang.
“Apa yang saya buat ini adalah usaha sendiri untuk kehidupan yang lebih baik. Tak salah kalau mencuba demi menyara hidup bersama isteri dan anak-anak,” katanya sambil merujuk kepada petikan ayat al-Quran yang berbunyi, ‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka’.
Dan ini pula status yang dimuatnaik di facebook Puan Syafiqah Damanhuri yang menjadi tular sejak semalam:
Assalamualaikum, tengah panas terik matahari saya nampak pakcik ni berdiri berhampiran traffic light (sabar menunggu) di persimpangan Seksyen 7, Shah Alam.
Bayangkan tengah hari buta tu, orang tua ni berdiri pegang cardboard! Dengan muka hanya Allah yang tahu.
Sebagai wartawan, saya tak boleh ignore perasaan ingin tahu tu. Lalu saya berhentikan kereta.. tanya dia. Rupanya dia tengah mencari kerja. Katanya dia kerja kilang, tapi pengurusan bakal kecilkan operasi. 
Jadi ramai yang akan dibuang kerja. Dia ada anak, masih perlukan seorang ayah untuk menanggung. Kesian Kawan-kawan MOHON SEBARKAN buat rezeki pakcik ini. Allahu.. besarnya pengorbanan seorang ayah, dan susahnya nak mencari sesuap nasi untuk keluarga.
Pakcik Romdon, menetap di Seksyen 27 Shah Alam
Ramai netizen yang tersentuh hati, ada yang berkata walaupun dah berusia, pak cik ini masih gigih mencari pekerjaan untuk menyara keluarga. Ramai netizen yang mendoakan agar pak cik ini cepat mendapat pekerjaan.
Kepada sesiapa yang mempunyai peluang kerja kosong sebagai pemandu peribadi, boleh hubungi pak cik ini di talian 018-3592918.

First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen..

Sekianlah artikel Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Seorang Bapa Yang Sedang Memegang Sekeping Kadbod Dan Berdiri Ditengah Panas Berhampiran Lampu Isyarat Di Seksyen 7, Shah Alam Untuk Mencari Kerja Menyentuh Hati Netizen.. dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/kisah-seorang-bapa-yang-sedang-memegang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :