Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global

Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global
link : Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global

Baca juga


Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global

KUALA LUMPUR – Keupayaan Zhejiang Geely Holding Group memulihkan serta mentransformasi Volvo Car Corporation Sweden (Volvo) kepada satu jenama hebat, ternyata menarik minat banyak pengeluar automotif global, termasuk Proton Holdings Bhd (Proton), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau turut menyifatkan Geely sebagai “sebuah syarikat yang menarik” kerana berupaya mengubah satu jenama yang sebelum ini suram dan hampir dilupakan ramai, kepada sesuatu yang bernilai.

“Suatu ketika dahulu, (permintaan) kereta Volvo sangat teruk. Apabila nampak Volvo sahaja, hilang minat kerana semua reka bentuknya yang lama.

“Malah, Volvo tidak pernah terlintas di fikiran generasi muda sehinggalah Geely membeli jenama itu. Saya sendiri tidak menyangka dengan (kelebihan) teknologi yang dimiliki Volvo pada hari ini,” katanya pada majlis dialog makan tengah hari bersama pengamal media di sini, hari ini.

Geely membeli Volvo daripada pengeluar kereta Amerika Syarikat, Ford Motor Company pada 2010 dengan harga US$1.8 bilion.

Menurut laporan, syarikat pengeluar kereta China itu mencatat jualan gabungan 1.3 juta kenderaan pada 2016 dengan jualan kereta Volvo mencecah angka tertinggi dalam sejarah iaitu 534,332 unit di peringkat global.

Jualan Geely Auto Group turut melebihi 50 peratus kepada 765,851 unit secara keseluruhannya yang melangkaui sasaran ditetapkan sebelum ini.

Bagi tempoh Januari-Mei tahun ini, Kumpulan itu menjual sebanyak 441,854 unit kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 89 peratus berbanding tempoh sama pada 2016 dan setakat ini berjaya memenuhi 37 peratus daripada sasaran jualan sebanyak sejuta unit pada 2017.

Pada 24 Jun lepas, Kumpulan itu dan DRB-Hicom Bhd memeterai perjanjian yang melibatkan pengambilalihan 49.9 peratus pegangan ekuiti dalam pengeluar kereta nasional itu pada harga RM460.3 juta.

Mengulas lanjut, Johari berkata menerusi pakatan itu, Proton dapat meraih banyak manfaat termasuk akses kepada pasaran China yang luas serta peralihan teknologi automotif yang amat bernilai.

Jelasnya, aspek kecanggihan teknologi merupakan faktor teras untuk mana-mana pengeluar kereta kekal berjaya dan meneruskan kelangsungannya dalam persekitaran pasaran serba sengit dan sentiasa berubah.

“Teknologi adalah kuncinya. Semua orang boleh membuat reka bentuk, tetapi kita perlu mendapatkan platform serta teknologi yang tepat,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global

Sekianlah artikel Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keupayaan Geely Pulihkan Volvo Tarik Minat Automotif Global dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/keupayaan-geely-pulihkan-volvo-tarik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :