Kertas siasatan kes cabul hampir siap

Kertas siasatan kes cabul hampir siap - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kertas siasatan kes cabul hampir siap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kertas siasatan kes cabul hampir siap
link : Kertas siasatan kes cabul hampir siap

Baca juga


Kertas siasatan kes cabul hampir siap

GEORGE TOWN: Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai khas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang yang didakwa mencabul seorang pelayan di sebuah pusat hiburan di sini hampir siap.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Isnin ini.

"Polis mengambil beberapa tindakan dalam siasatan itu...beberapa barang yang dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan telah diperoleh antaranya baju serta seluar yang dipakai mangsa semasa insiden itu," katanya di sini semalam.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta di negeri ini berusia 21 tahun mendakwa dicabul pembantu khas seorang ADUN di kawasan tempat letak kereta di luar sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai, 6 Julai lepas.

Berikutan itu, polis merekod keterangan pelajar wanita yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di pusat hiburan berkenaan dan menahan lelaki berusia 40-an terbabit pada Khamis lepas bagi membantu siasatan.

Anuar berkata mangsa juga telah menjalani proses kawad cam ke atas suspek yang didakwa mencabulnya dan hasilnya adalah positif.

Katanya polis turut merakamkan keterangan saksi-saksi kejadian termasuk anggota keluarga mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kami turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di kawasan kejadian untuk dianalisis dan berdasarkan rakaman memang terdapat pergerakan suspek bersama mangsa di situ," katanya.

Dalam pada itu, lelaki berusia 40-an yang juga ketua cawangan sebuah parti di Pulau Pinang telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat hari ini, katanya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kertas siasatan kes cabul hampir siap

Sekianlah artikel Kertas siasatan kes cabul hampir siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kertas siasatan kes cabul hampir siap dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/kertas-siasatan-kes-cabul-hampir-siap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :