Judul : “Kereta saya dilanggar dari belakang, saya bukan road bully” – Pemandu BMS 7
link : “Kereta saya dilanggar dari belakang, saya bukan road bully” – Pemandu BMS 7
“Kereta saya dilanggar dari belakang, saya bukan road bully” – Pemandu BMS 7
Katanya, adalah tidak adil netizen menghentamnya di media sosial hanya berdasarkan apa yang dilihat sahaja tanpa mengetahui cerita sebenar.
“Insiden itu berlaku pada 13 Julai kira-kira jam 1.30 petang yang ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan Jalan Genting Klang di Setapak dan cuba masuk ke lorong kanan dan dilanggar oleh sebuah kereta berwarna kelabu yang dipandu lelaki itu.
“Selepas terjadi kemalangan itu, kami berhenti di tepi jalan untuk berbincang mengenai apa yang berlaku tetapi lelaki itu mengamuk dan melemparkan kata-kata berunsur perkauman terhadap saya,” kata Simren memetik laporan dari The Sun Daily.
Menurut Simren, orang awam yang menyaksi kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan menasihatkannya untuk masuk ke dalam kereta kerana keadaan tidak begitu selamat berikutan ada sekumpulan lelaki yang memakai helmet mengelilingi mereka.
“Saya beritahu lelaki itu untuk selesaikan insiden itu dengan saya. Saya perasa road tax kereta lelaki itu telah tamat tempoh. Apabila orang awam mula campur tangan, saya mengambil keputusan untuk beredar dari tempat kejadian. Namun lelaki itu merakam gambar kereta saya sebelum dia mula memukul dan menendang kereta saya,” katanya.
Selepas 24 jam dari kejadian itu, Simren membuat laporan polis.
“Saya tidak pasti tentang lelaki itu tetapi saya dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa lelaki itu belum membuat sebarang laporan polis.
Foto – Muas Sazwan Mazlan |
“Dia (pemandu wanita) melanggar kereta saya dari belakang. Saya menunggu dia untuk berhenti tetapi dia cuba melarikan diri dan membuatkan saya terpaksa mengejar dia dan menghalangnya daripada melarikan diri.
“Bila dia berhenti, saya keluar dari kereta dan merakam gambar keretanya dan pada masa itu juga saya ternampak ada seorang penumpang yang merupakan warga asing yang sedang merakam tindakan saya.
“Kalau saya adalah road bully, saya boleh gunakan senjata atau apa-apa saja untuk mengancamnya tetapi saya tidak berbuat demikian,” katanya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel “Kereta saya dilanggar dari belakang, saya bukan road bully” – Pemandu BMS 7
Anda sekarang membaca artikel “Kereta saya dilanggar dari belakang, saya bukan road bully” – Pemandu BMS 7 dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/kereta-saya-dilanggar-dari-belakang.html