Judul : Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu
link : Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu
Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata beberapa bukti yang diperoleh telah dikemukakan kepada pihak tersebut bagi membantu mereka memadamkan akaun palsu itu.
"Ada antara akaun palsu ini menggunakan platform luar negara dan sehingga kini kita sudah melakukan perundingan dengan mereka, ada yang sudah diambil tindakan (menutup akaun palsu).
"Bagi akaun palsu yang dihos dalam negara, tiada masalah kita boleh padam terus," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di sini, Isnin malam.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Sebelum ini, dari Januari hingga Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima aduan awam hampir 1,500 akaun palsu di platform media sosial yang digunakan untuk tujuan negatif termasuk penyebaran berita palsu dan serangan fitnah terhadap pemimpin negara.
Bagaimanapun Salleh tidak menjelaskan secara terperinci berapa jumlah akaun palsu yang sudah dikenakan tindakan kerana perkara itu masih dalam proses siasatan termasuk mendapatkan bahan bukti sebelum mengambil tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/kerajaan-kerjasama-dengan-pengendali.html