Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh

Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh
link : Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh

Baca juga


Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh



Kadang timbul rasa pelik bila usaha dah di buat, doa dah dipanjatkan ke hadrat ilahi, namun jodoh masih tak kunjung tiba lagi.

Bercinta bagai nak rak, tapi akhirnya si dia kahwin dengan orang lain. Kawan bertahun-tahun pun belum tentu dia jodoh anda. Kadang, kenal tak berapa lama, tup tup terus kahwin. Itulah yang dinamakan sebagai jodoh.

Tak terfikir selama ni rupa-rupanya banyak dosa yang kita lakukan menjadi penghalang untuk mendapat jodoh.

Ini 8 perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan manusia boleh menghalang jodoh.

1. Syirik
Kadang-kadang usaha untuk mendapatkan jodoh tu tak berapa nak betul. Ada yang sanggup berjumpa bomoh dan minum air jampi semata-mata kononnya nak naik seri dan mudah dapat jodoh.

Jika pun mereka didatangi jodoh, biasanya akan dipertemukan dengan manusia yang melakukan syirik juga. Semak hubungan kita dengan maha pencipta kerana daripada Dia jugalah kita bisa mendapatkan jodoh, bukan meminta-minta daripada bomoh dan sebagainya.

2. Jarang dan lalai solat
Kalau dah perintah yang wajib pun tak buat, macam mana jodoh tu nak lekat? Bagi yang kerap menunda solat ertinya Allah juga lambat untuk memberi respons terhadap doa-doa anda.
3. Zina
Jujur pada diri sendiri sama ada anda pernah melakukan zina atau tidak? Bukan hanya zina fizikal, mungkin juga zina mata.
Perbuatan zina dapat merosakkan hubungan manusia dengan Allah, termasuklah dengan urusan jodoh. Segeralah taubat nasuha kerana Allah memberi keampunan buat hambanya yang bertaubat.
4. Dosa kepada ibu bapa
Reda ibu bapa adalah menjadi reda Allah. Sekiranya masih melakukan dosa terhadap kedua ibu bapa, maka Allah akan menutup sumber rezeki kita termasuk urusan jodoh.
5. Memutuskan silaturahim
Bagi yang sukar mendapatkan jodoh, cuba check hubungan anda dengan sanak saudara yang lain. Ini juga adalah antara salah satu sebab dijauhkan daripada rahmat kerana putusnya tali persaudaraan.
6. Mengumpat dan mengadu domba
Aktiviti seharian yang dilakukan juga boleh menjauhkan manusia dengan jodoh. Antaranya adalah mengumpat dan mengadu domba sehingga membawa kepada fitnah.
7. Makan rezeki yang haram
Sumber rezeki yang diperoleh harus juga dikenal pasti sama ada ianya halal atau tidak. Jika halal pun, adakah anda sudah mengeluarkan zakat kerana dalam rezeki kita juga terdapat hak-hak  orang lain yang harus kita keluarkan.
8. Kedekut
Salah satu cara untuk mendapatkan jodoh adalah dengan memperbanyakkan sedekah. Jika masih berkira-kira untuk bersedekah, maka Allah akan menarik rahmat yang lain termasuklah jodoh.

Apa-apa pun jangan pernah menyerah pada takdir dan teruskan lah berusaha dan berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik-baik.

Sumber: Remaja.my


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh

Sekianlah artikel Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Jodoh Lambat Sampai? Ini 8 Perbuatan Yang Boleh Menghalang Jodoh dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/kenapa-jodoh-lambat-sampai-ini-8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :