JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz

JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz
link : JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz

Baca juga


JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz

SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan  (JHEAINS) diminta mempermudahkan urusan pendaftaran pusat tahfiz dan sekolah agama persendirian bagi membolehkan institusi berkenaan turut menerima bantuan kerajaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masih terdapat pusat tahfiz dan sekolah agama persendirian di negeri ini yang masih belum mendaftar, sekali gus menyukarkan proses pemberian bantuan dibuat kepada mereka.

“Kita menggalakkan  supaya pusat-pusat ini daftarlah segera, tambahan pula banyak bantuan baik daripada kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat dan baru-baru ini Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)  memberi peruntukan untuk diagih-agihkan di semua pusat tahfiz yang berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian bantuan perkapita dan dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 2017, di sini, hari ini. Turut hadir Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad dan Pengarah JHEAINS Datuk Selamat Paigo.

Pada majlis itu, sebanyak 148 buah sekolah aliran agama di seluruh negeri ini menerima bantuan perkapita Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM1.3 juta.

Selain itu, 17 orang pelajar yang menerima pendidikan di Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pula terpilih menerima bantuan dermasiswa membabitkan jumlah sebanyak RM 645,000. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz

Sekianlah artikel JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JHEAINS Diminta Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/jheains-diminta-permudahkan-pendaftaran_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :