Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen

Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen
link : Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen

Baca juga


Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen

KECOH seketika apabila pelakon Janna Nick memuat naik satu status bernada ulasan berkenaan filem dinanti ramai, Dunkirk.

Bukan sahaja pengisian hebat, Dunkirk juga menjadi perhatian kerana ia adalah hasil garapan pengarah prolifik, Christopher Nolan.

Namun gara-gara terlalu jujur berkongsi berkongsi perasaannya tentang filem itu di laman sosial, Janna terus dihentam netizen.

Majoriti tidak faham apabila seorang 'insan seni' tidak memahami nilai estetika yang ditonjolkan dalam filem tersebut.

Ada juga yang marah kerana Janna memberi komen tanpa menonton filem itu sehingga ke penghujung.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang melihat kritikan yang dilemparkan kepada Janna hanya kerana dia tidak mampu menghargai karya itu sebagaimana sepatutnya, sebagai keterlaluan.

Kata mereka, citarasa adalah sesuatu yang subjektif. Justeru, tidak timbul isu jika Janna merasakan filem itu tidak menarik minatnya.




Mereka menasihatkan Janna agar lebih berhati-hati dalam pemilihan ayat dan perkataan kerana frasa 'kebodohan teruk' dan 'tertidur sewaktu menonton', dianggap sinis bagi sesetengah pihak.

Filem Dunkirk yang mula ditayangkan pada 20 Julai lalu itu diangkat dari kisah benar ketika Perang Dunia Kedua, mengenai peperangan yang tercetus di Dunkirk, Perancis pada 26 Mei hingga 4 Jun 1940, antara tentera bersekutu dengan tentera Nazi Jerman.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen

Sekianlah artikel Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Janna Nick dan Dunkirk: 'Kenapa pertikai cita rasa orang lain?' - Netizen dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/janna-nick-dan-dunkirk-kenapa-pertikai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :