Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap

Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap
link : Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap

Baca juga


Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengambil tindakan untuk memaafkan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza susulan kenyataannya mengenai "mana-mana pihak yang kuat ‘bergaduh’ patut dihantar ke Palestin."

Dalam satu kapsyen ringkas di Instagram, Armand berkata: "Siti Nurhaliza (sudah) memohon maaf, saya sentiasa terbuka dan memaafkan beliau. Selasai."


BACA: "Cuba Siti Nurhaliza tanya Datuk K bila hendak ke Palestin?" - Armand 

Sebelum itu, Siti Nurhaliza meminta Armand untuk tidak terasa dengan kenyataan mana-mana pihak yang kuat ‘bergaduh’ untuk dihantar ke Palestin.

Jelasnya, komen itu diberikan tanpa menyatakan sebarang pihak apatah lagi menamakan Armand sebagai individu di dalam komen berkenaan.

Komen yang ditinggalkan oleh Datuk Siti Nurhaliza di Instagram Armand

Bagaimanapun, Siti Nurhaliza sudah pun meminta maaf seandainya ada pihak yang terasa di atas komennya pada sebuah gambar di Instagram Yassin Sulaiman.

Gambar tersebut memaparkan kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda UMNO. 

Ia dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Ia bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda UMNO.

BACA: Perbalahan Pemuda UMNO, Pemuda PPBM kebudak-budakan - KPN 

Foto instagram Yasin Sulaiman

Isu ini juga menarik perhatian beberapa pihak, termasuk Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan Armand sangat defensif dengan teguran Siti Nurhaliza.

Syed Saddiq berkata teguran Siti Nurhaliza tidak kasar dan ia ditujukan kepada kedua-dua belah pihak, bukan sahaja kepada UMNO.

BACA: Siapa Armand hendak pertikai sumbangan Siti dan Datuk K? - Armada

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut meninggalkan pandangan mereka mengenai isu ini.

Antaranya, pengguna Instagram @haneefisa berpendapat, Siti Nurhaliza sekadar memberi teguran umum dan Armand tidak perlu cepat gelabah. 

"Nak jadi pemimpin tak perlu cepat gelabah. Matanglah sikit," tambahnya.

Pengguna @arfaroktak turut senada dengan @haneefisa. Katanya, Armand tidak sepatunya sentap dengan Siti Nurhaliza memandangkan semua orang mempunyai pandangan masing-masing. 

Sementara itu, bagi pengguna @mirza167 berpandangan Siti Nurhaliza perlu berani jika ada hasrat menyertai bidang politik.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap

Sekianlah artikel Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/isu-palestin-armand-maafkan-siti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :