Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma

Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma
link : Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma

Baca juga


Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand menawarkan pemeriksaan Hepatitis secara percuma di hospital kerajaan negara itu sempena Hari Hepatitis Sedunia 28 Julai ini, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Timbalan Setiausaha Tetap bagi Kesihatan Awam, Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata kempen pemeriksaan percuma bagi mengesan penyakit Hepatitis akan diadakan mulai 31 Julai hingga 4 Ogos ini di 104 buah hospital di bawah pentadbirannya.

Menurut Dr Suwanchai, jangkitan Hepatitis mungkin tidak menampakkan sebarang gejala, namun jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama, ia mungkin menyebabkan penyakit kanser hati yang boleh mengancam nyawa.

Di Thailand, kebanyakan pesakit yang dikesan mengidap Hepatitis B dan C tinggal di timur laut dan utara negara itu. Kira-kira lapan peratus daripada penduduk di dua kawasan itu mengidap Hepatitis B, manakala empat peratus lagi mengidap Hepatitis C.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 325 juta penduduk dunia dijangkiti Hepatitis B dan C dan dianggarkan kira-kira 1.34 juta pesakit Hepatitis meninggal dunia setiap tahun. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma

Sekianlah artikel Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/hospital-thailand-tawar-pemeriksaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :