Judul : Haram Hukumnya Buat Eyelash Extention Wahai Wanita Sekalian
link : Haram Hukumnya Buat Eyelash Extention Wahai Wanita Sekalian
Haram Hukumnya Buat Eyelash Extention Wahai Wanita Sekalian
CANTIK luar canntik dalam cantik dengar sini, kalau dah cantik buat apa nak ubah lagi? Sekarang memang dah cantik jangan nak tambah-tambah lagi. Syukur alhamdulillah…
Pastinya semua wanita ingin kelihatan cantik bagi memenuhi kepuasan diri mereka. Ada sesetengah wanita yang berasa lebih confident bila dia tambil dengan imej yang menarik dan wajah yang jelita.
Namun, apa pula hukum jika kita mengubah ciptaan Yang Maha Esa? Tak puas hati sebab bulu kening tebal, dicukurnya, bibir nipis, dicucuk botox pula, bulu mata pendek dan nipis, di buatnya eyelash extention, rambut tak cantik, di tanam pula rambut entah siapa-siapa dekat kepala tu.
BACA: Netizen Ini ‘Sound’ Gadis Ubah Kening Demi Cantik?
Allah S.W.T dah cipta setiap makhluk-Nya dengan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita sebagai umatnya, haruslah sentiasa berasa bersyukur.
Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah apabila ada sesetengah artis wanita berhijab serta model muslimah yang juga mempromosikan perkhidmatan eyelash extention di laman sosial tanpa berfikir panjang.
Ketika hubungi oleh pihak mStar Online, penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat telah memberi ulasan lanjut tentang perkara ini.
“Memang haram hukumnya sambung rambut ni. Tak kisahlah sama ada sambung rambut, bulu mata, jambang atau pun bulu hidung.”
“Ia boleh menjadi fitnah kerana mengubah ciptaan Allah dan menyambung rambut yang menyerupai kejadian asal bulu mata,“katanya.
Ulasan Syamsul Debat ini juga ada kaitannya dengan perbuatan sesetengah selebriti wanita tempatan yang kelihatan secara sengaja telah mengakui terang-terangan perbuatan mereka yang melakukan eyelash extention dan turut menggalakkan orang awam untuk lakukan perkara yang sama sepeti itu.
Tambah pendakwah selebriti ini lagi, ada perbezaan pendapat yang berkaitan pemakaian bulu mata palsu.
“Ada pandangan ulama yang bulu mata palsu (pakai buang) itu menyerupai kejadian asal bulu mata yang asli, jadi hukumnya haram.”
“Namun, ada pandangan dari segi syarak dibenarkan seandainya berniat menghiaskan diri untuk suaminya atau kerana faktor kesihatan atau kecacatan sehingga memaksa dia memakai bulu mata palsu itu.”
“Tapi janganlah berlebih-lebihan macam bulu mata tarian singa tu pula,” ujar Syamsul Debat yang kelihatan berseloroh di hujung talian.
Jadi yang mana kita nak ambil iktibar? Nampak cantik tapi dalam masa yang sama dapat dosa. Kita nak kumpul pahala, bukan kumpul dosa.
Moga-moga tiada mana-mana artis wanita berhijab yang terasa dengan artiel ni sebab kita takda mention siapa-siapa pun di sini. Kalau bukan artis sekalipun, ada juga para Instafamous yang buat benda macam ni.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Haram Hukumnya Buat Eyelash Extention Wahai Wanita Sekalian
Anda sekarang membaca artikel Haram Hukumnya Buat Eyelash Extention Wahai Wanita Sekalian dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/haram-hukumnya-buat-eyelash-extention_28.html