Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000

Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000 - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000
link : Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000

Baca juga


Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000

Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000
Kadangkala apa yang dikongsi menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp tidak boleh dipercayai seratus peratus kebenaran sesuatu berita yang dikongsi pengguna lain. 

Namun, sejak beberapa hari lalu segelintir pengguna media sosial mula resah apabila beberapa keping gambar dikongsi menerusi platform WhatsApp menunjukkan seorang wanita berjaya mendapat 'wang terpijak' berjumlah hampir RM14,000.

Dalam mesej rantaian yang sama itu, rakan wanita itu mendakwa dia sekadar mencuba nasib ketika menyemak namanya dengan menggunakan kad pengenalan dan tidak sangka boleh mendapat wang sebanyak itu. 

Orang ramai boleh menyemak wang tidak dituntut menerusi kaunter di Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara, Menara Maybank, Kuala Lumpur.

BETUL KE BOHONG?

Demi mendapatkan kepastian dakwaan wanita itu yang kononnya hanya mendapat wang dengan cara mudah menerusi semakan kad pengenalan, Rojak Daily Skop! melakukan tinjauan sendiri ke lokasi yang dimaksudkan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bahagian Pengurusan Wang Tak Di Tuntut yang terletak di Tingkat 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Memang benar apabila mendapati bahagian tuntutan tersebut memang wujud. Malah, suasananya seperti di pasar apabila orang ramai tidak kira bangsa dan usia sering keluar dan masuk untuk menyemak status diri masing-masing. 

Nak tahu cara mahu menyemak dan menuntut wang tersebut:

  1. Orang ramai hanya perlu mendaftarkan nama dan kad pengenalan di lobi tanpa perlu mengambil pas pelawat.
  2. Terus naik ke tingkat 42 (telinga mula berdegung seperti naik Menara KL)
  3. Terus masuk ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Di Tuntut.
  4. Ambil nombor giliran dan serta merta terus berikan nombor giliran bersama kad pengenalan kepada pegawai bertugas di situ (hanya penama pada kad pengenalan sahaja dibenarkan).
  5. Tunggu untuk semakan hanya 5-10 minit! (jangan risau melihat orang ramai berpusu datang kerana pegawai berkenaan memang cekap dan pantas menyemak selepas itu akan memanggil nama anda)
Proses menyemak status masing-masing cukup mudah hanya menggunakan kad pengenalan.

Memang cukup mudah rupanya proses semakan wang tidak dituntut ini. Menurut pegawai bertugas, wang tidak dituntut ini datangnya dari pelbagai sumber seperti akaun bank yang sudah lapuk mahupun lebihan insurans.

Seperti mana kisah wanita yang dapat RM14,000 tadi, jika nasib anda baik selepas semakan, anda akan mendapat sekeping surat putih menyatakan butiran wang tidak dituntut dan beberapa dokumen seperti salinan akaun bank perlu disertakan bersama borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD) serta salinan kad pengenalan.

Jika tiada rezeki, anda masih boleh dapat kembali kad pengenalan tanpa rasa ralat kerana sekurangnya anda sudah menyemak. Tak salah mencuba, manalah tau lepas sambutan Aidilfitri boleh dapat 'duit terpijak'.
 


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000

Sekianlah artikel Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hanya Bagi Kad Pengenalan, Anda Mungkin Boleh Dapat RM14,000 dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/hanya-bagi-kad-pengenalan-anda-mungkin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :