Judul : Gangguan Bekalan Air Kawasan Pida Pulih Semula
link : Gangguan Bekalan Air Kawasan Pida Pulih Semula
Gangguan Bekalan Air Kawasan Pida Pulih Semula
ALOR SETAR – Masalah gangguan bekalan air yang berlarutan sejak Aidilfitri lalu di Kampung Pida 3, dan 3 1/2 di Jerlun mulai pulih hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darulaman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata ia adalah daripada hasil tindakan pantas kakitangan Sada membaiki masalah paip pecah di Kolam Bukit Mengkuang dan juga pemasangan injap pengurangan tekanan di kolam air Padang Perahu, Jitra dua hari lalu.
“Kita ambil maklum berhubung masalah itu dan segera membaiki paip utama yang pecah di Kolam Bukit Mengkuang dan memasang injap di kolam air Padang Perahu yang membekalkan air kepada penduduk selama ini.
“Air pulih semula selepas kita buat agihan dan kawalan semula air, cumanya ada segelintir penduduk yang akan menerimanya secara berperingkat termasuk di Kampung Pida 5,” katanya.
Sada pada masa yang sama belum bercadang menamatkan penghantaran air menggunakan lori sehingga penduduk mendapat sepenuhnya bekalan mereka.
Bernama semalam melaporkan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Pida 3 dan Pida 3 ½ merayu kepada Sada untuk bertindak segera mengatasi masalah air yang dihadapi mereka.
Penduduk mendakwa walaupun rungutan dan aduan dibuat beberapa kali sebelum ini, namun masalah sama tetap berulang hingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Mereka juga mendakwa terpaksa membeli pam untuk mendapatkan air bawah tanah dan menggunakan air takungan dari masjid terdekat serta menggunakan sumber air sungai yang sebelum ini tidak digunakan untuk mandi dan mencuci pakaian.
Penduduk juga bergantung kepada air yang dihantar menggunakan lori Sada yang terhad dan tidak mencukupi untuk membasuh, mencuci, mandi dan minum. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gangguan Bekalan Air Kawasan Pida Pulih Semula
Anda sekarang membaca artikel Gangguan Bekalan Air Kawasan Pida Pulih Semula dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/gangguan-bekalan-air-kawasan-pida-pulih_27.html